Powered By Blogger

Kejohanan Olahraga tahunan 2011

Air Horn!!

Percutian Di Pantai Penarek

Ramai juagk yang datang.. bakar ayam, bakar sosej, kite bakor je!!.. :P

MY Ride

83's Corolla

Lata Belatan Labour Day 2011

Job Stop Jump Swim Drown VolleyBall Lunch Sleep

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, August 13, 2010

Kuantiti lawan Kualiti

hari nih dah masuk hari ketiga berpuasa. semoga puasa kita semua tergolong didalam puasa orang yang solehin.. dan puasa itu mempunyai tiga tingkatannya, tahapnya, tarafnya atau apa-apa yang seerti.

1.puasa para nabi, shiddiqin dan muqarrabin

iaitu puasa hati dari kehendak hina dan segala fikiran duniawi dan mencegahnya daripada memikirkan selain daripada Allah s.w.t

2. puasa orang-rang soleh

iaitu puasa dengan menahan diri daripada makan, minum, jima' dan perkara-perkara membatalkan puasa serta memelihara daripada melakukan perbuatan maksiat.

3. puasa orang awam

iaitu puasa hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum, jima' dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

maka setidak-tidaknya haruslah kita mengejar taraf puasa yang sebagaimana orang soleh dan jika mampu, berpuasalah seperti para nabi, shiddiqin dan muqarrabin.

seterusnya kita pergi kepada persoalan ibadat dalam bulan ramadhan. Antara ibadat sunat yang telah dikhususkan untuk bulan ramadhan adalah solat sunat tarawih. solat sunat tarawih ini dilakukan selepas waktu isya' dan biasanya dilakukan dengan bilangan 8 rakaat ataupun 20 rakaat.

maka pada bulan ramadhan ini, muncullah gelaran seperti imam kilat dan sebagainya kerana berjaya menghabiskan solat tarawih 20 rakaat dalam masa 30 minit. masjid-masjid yang melakukan solat tarawih in secara kilat akan menjadi tumpuan penggemar tarawih kilat. :P

oleh itu sebagai kesimpulannya, apakah niat kita semasa solat tarawih sebenarnya?? adakah kita berniat untuk membuat 20 rakaat tanpa penat lelah ataupun mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

Alangkah baiknya jikalau kita tidak mengambil kira cepat atau lambatnya solat tarawih itu dilakukan. lebih bermakna dan tercapai objektif solat tarawih itu untuk berehat-rehat setelah seharian berpuasa.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan


Bulan X puasa


Bulan Puasa

nnt aku post lagi eh pasal ramadhan dan puasa. nak pi semayang terawih ni.. haish. bukan selalu bleh terawih. dalam setahun, sebulan je

Saturday, July 17, 2010

Harga Barang Naik

Thursday, July 15, 2010

senyuman menawan si budak tecik..:P

Hadapi Dengan Senyuman

Artist: Dewa
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

-end-

-karipap.pusing-

Saturday, July 10, 2010

Hari ini Cuti... YeayYy!!

hye peeps ( aku cilok ayat ni kat belog DG) x sanggup sebenarnya nak tulis "peeps". ahahaha leave it alone lah kate koboi kat texas. secara peribadinya aku mengagumi koboi.

pagi ni. aku puas ber blogwalking untuk melihat info2 terkini negara dan luar negara. daripada kes altantuya hinggalah robot ciptaan pelajar-pelajar Iran. terima kasih kepada blogger2 yang menyediakan info-info segar lagi berguna kepada reader-reader mereka.


Monday, July 5, 2010

Ini Bukan Entri Lucah. Ini Ilmiah. :P



ini x lucah



angin sepoi-sepoi bahasa menghembus bertalu-talu umpama membisikkan sesuatu dalam bahasanya sendiri. lantas aku selak kamus untuk translate bisikan tersebut. rupa-rupanya anorexia.

aku x berniat nak letak gambar "cantik' ni. tp yg ni je ade bila aku search kat google.

-end-

-karipap.pusing-

Sunday, July 4, 2010

Ramalan Lagi dari Nujum Muda Karipap


malam tadi, lepas aku tengok game argentina vs jerman yang menggembirakan hati penyokong argentina tersebut, aku henjut tengok game spain vs paraguay. wonderful game. memang awal2 lagi aku bet paraguay akan pergi semi. tp apakan daya. nasib menyebelahi spain. aku x nak cerita bagaimana 90 minit itu berlangsung. kalo nak tau baca kat fifa. com. banyak lagi benda lain aku nak tulis. huh!

lepas kedua-dua team feveret aku brazil dan argentina dimalukan, aku berhasad dengki untuk melihat penyokong sepanyol menderita juga sebagaimana aku. akan tetapi, hasad dengki itu tidak berjaya. hatiku semakin lara melihat penyokong spain bersorak gembira meraikan gol David Villa bantuan tiang itu. =p.

dah xde pasukan feveret aku nak sokong, aku sokong german la. aku rasa german akan bawak balik piala dunia pada kali ini. tapi harus diingat ramalan aku sebelum ini semuanya songsang belaka. =p

-end-

-karipap.pusing-




Ramalan dari nujum muda karipap tersasar sama sekali


aku yakin dalam tempoh dua hari ni, broker-broker judi bola sepak senyum lebar, riang gembira di hari raya. mana taknya, 2 pasukan pilihan tersungkur menyembah bumi.

Brazil dengan kekalahan 2-1 yang tidak sepaptutnya berlaku, kedua perlawanan yang ternyata menjatuhkan air muka pemain-pemain argentina dan jurulatih mereka Lagenda Diego Maradona.

adat permainan, ada kalah ada menang. kalau seri ada masa tambahan, kalau seri jgk ada penalti. kalau penalti pun seri,penalti sampai x seri.

-memang aku kecewa-
-end-

Wednesday, June 30, 2010

Kemana piala dunia akan diarak??

bangun pagi-pagi. aku dapat mimpi jadi tok nujum. oleh itu, hari ni aku nak buat ramalan yang berkaitan dengan worldcup. aku harap ramalan ni tidak digunakan oleh pakar-pakar judi bola sepak sebgai rujukan. x memasal aku terlibat sama.=)

setelah aku meneliti table[bukan meja] perlawanan world cup untuk suku akhir, separuh akhir dan juga final. aku dah boleh agak. agakan selalunya tidak tepat. oleh itu sila maafkan aku kalau tersilap agak dan korang kalah betting.

quarter final; yang ni semua orang dah tau. aku nak tulis gak tapi.

1. Netherland vs Brazil
2. Uruguay vs Ghana
3. Argentina vs German
4. Paraguay vs Spain

Semi final

1st match
Brazil vs Uruguay / Ghana

2nd match
Spain vs Argentina /German (berdasarkan fizikal pemain)

final
Brazil vs Argentina/Spain/German

negara yang ditulis terlebih dahulu mempunyai peratusan menjulang world cup lebih besar

Brazil dilihat menemui laluan mudah untuk ke final dan halangan yang utama adalah di final. walaupun aku x sokong brazil sangat, tapi aku raza world cup akan ke brazil pada temasya kali ini. tunggu dan lihat.

Negara-negara yang melepasi ke peringkat quarter-final




















-end-

Tuesday, June 29, 2010

selamat pagi malaysia cikgu!!

setelah puas menghabiskan sisa hidup dengan tidur yang panjang , aku kesiangan.

selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan diharap semoga bersabar menghadapi minggu pengurusan pelajar baru.

minggu yang ganas lagi hatkor dan brutal




minggu yang mendebarkan




minggu yang memerlukan pengorbanan dan kerajinan





minggu menjadikan anda seolah-olah tawanan




minggu yang sentiasa menjadi igauan



Saturday, June 19, 2010

MASEH BUJANG






memang p. Ramlie lah. orang yang tgk filem masam-masam manis payau je tau perkataan 'maseh bujang ni dok kat mana. haha. ada peluang nak wat contest nih. tp hakikatnya xde orang baca blog aku nih. ahaha. x pa2. idea tu simpan. nanti bila reader dah ramai, [bukan 'kaddang-kaddang' macam sekarang] baru leh wat.

maseh bujang

tengok bola sampai tengah malam sambil makan kacang

xde orang nak panggil bang.... bang...

tapi jgn dok gatai buat barang yang terlarang.

selamat menonton world cup disamping pasukan kegemaran.

sebagai penduduk asia. aku memberikan sokongan penuh kepada

korea utara




korea selatang




australia




newzealandg





jepang



-end-

-karipap.pusing.maseh.bujang-. tudia!

Monday, June 7, 2010

Cuti-Cuti Malaysia

ceh gambar cacing pulak termasuk dalam nih. x perasan pulak aku

hari ni aku dah selesai mengendap-ngendap blog-blog orang lain. semua orang cerita main point dia hampir sama. semua orang cerita pasal cuti. aku antara seorang yang terlibat. ini menunjukkan aku tidak pelik, aku tidak janggal. apa yang orang lain fikirkan, apa yang orang lain tulis, sama dengan aku. aku tak suka berfikir diluar kotak. fikir dalam je. kurang risiko.

cuti ni tengah tahun ni memang mengujakan. sebab apa. sebab aku berjaya menjeleskan budak-budak skolah dengan cuti aku yang lebih seminggu. aku tau perasaan budak sekolah selepas diorang tahu aku cuti 3 minggu. walaupun perasaan mereka tidak diluahkan, aku masih dapat menangkap apa yang bermain-main di kotak pemikiran budak sekolah mereka itu. hahaha. aku kan cekgu. huh!

macam biasa, kalau masa cuti, seluruh masaku aku gunakan untuk berbudi kepada tanah. syukurlah tanah sejenis benda yang tahu membalas budi, tanah tidak seperti manusia, tanah juga tidak seperti kacang bogel. tanah sentiasa mengenang dan membalas budi. itu yang aku fikirkan. buktinya. jelas didepan mata. ayah aku sampai pencen berbudi kepada tanah dan hasilnya tidak pernah putus sehingga sekarang.

begitulah kehidupan di kampung. satu je aku x puas hati. laine internet memang hampeh. broadband boleh disimpan elok2 dalam almari. nak online aku kena cari kedai mamak. memang tu je satu2nya sumber internet sekarang buat masa nih. memang hampeh.. nak pasang streamyx x padan. mak ngan ayah aku je stay kat umah. yang lain semua dah ada kehidupan sendiri di tempat lain. sedih2.

rasanya dah panjang nih.. aku x larat nak tulis dah.. -end-

-karipap.pusing-

Friday, June 4, 2010

Oh Saudaraku


pic ni aku cilok kat blog frodo baggins. tq

Tuesday, June 1, 2010

Sahabat



gambar ini adalah gambar kotak

seperti didalam gambar diatas.

1. apakah itu kotak? atau dalam englishnya box (boxes = kotak-kotak)

kotak jika didefinisikan akan mengambil page yang banyak sehingga tidak mampu diload blog ini walaupun menggunakan BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. DIULANG BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. oleh itu, tidak usahlah didefinisikan akan perihal kotak ini.

walaupun begitu, aku masih berdegil untuk mendefinisikan kotak ini. setelah aku google skali (1 kali) cari definisi kotak. hampeh xde pon. nyesal aku cari kat google.

menurut perasaan (2007), kotak adalah sejenis atau sebuah bekas yang dibuat daripada kertas dan berbagai-bagai material lain dengan bentuk dan saiz serta warna yang perlbagai untuk diisikan sesuatu kedalamnya. kotak didalam gambar itu adalah berbeza dengan kotak fikiran dan berfikir di luar kotak. (point nih)

definisi yang aku berikan tu dah diringkaskan menggunakan mikroskop tuh. tu kira point la tu. seterusnya kita pergi kepada kegunaan kotak

1. mengisi barang.
kotak digunakan untuk mengisi barang. diulang BARANG. masa lapang tidak termasuk didalam kategori barang. dan secara ringkasnya masa lapang tidak boleh diisi didalam kotak jenis ini. barang yang boleh diisi adalah seperti berus gigi, kasut, kunci, biskut kosong, maggi cup,dan selipar buruk

2.buku skrap
ini adalah trick lama cikgu2 skolah xnak bagi budak2 duduk goyang kaki sambil makan cendol dan berjimba-jimba. oleh itu murid-murid akan disuruh membuat buku skrap menggunakan bahan-bahan terbuang. maka kotak2 kasut dan tepung naik sendiri dirumah akan dijadikan sasaran dan sesetengahnya menjadi mangsa kerakusan murid-murid yang ghairah untuk menghasilkan buku skrap ini.

kebiasaannya, guru-guru akan menjanjikan hadiah-hadiah yang lumayan sebagai penaik semangat dan mengkaburi mata murid-murid supaya tidak menyedari trick yang pertama tadi. cikgu-cikgu ni memang pandai sebab diorang cikgu. secara teknikalnya, guru lebih pandai daripada murid-murid.hal ini demikian kerana faktor perbezaan tempoh belajar dan faktor usia. tidak ada seorang pun murid-murid tahun 1 yang sudah belajar di sekolah selama 8 tahun. ini realiti

3.kata ganda
kata ganda yang dimaksudkan bukan lah kotak-kotak. ini terlalu asas. korang semua mesti tau. jadi aku xnak masukkan dalam blog ilmiah aku ni benda-benda yang asas. oleh itu aku masukkan perkataan2 yang tidak dikenali ramai supaya time exam nanti korang semua gunakan perkataan yang bombastik.

kata ganda yang dimaksudkan adalah "kotak-katik". perkataan ini biasanya digunakan dengan imbuhan seerti ini;

I.memperkotak-katikkan
II. diperkoak-katikkan

dua contoh ini aku rasakan sudah memadai supaya mudah diingat, mudah dibawa kemana-mana dan sedap dimakan begitu sahaja (disebut dengan melodi lagu iklan gardenia). perkataan ni kalau digunakan dalam karangan tahun 6. sure markah tinggi. tak tipu. memang bombastik.

krem dah jari nih.. isk3



aku dah malas nak tulis. so aku letak gambar kasi panjang entri aku pagi nih. haizz. lagipun korang kan suka tgk gambar dari membaca kan.

kesimpulannya. tika dan saat ini. kotak amat berjasa kepada semua pelajar-pelajar di IPG KDRI. ahaha. aku aku salah sila betulkan ea. gunakanlah kotak sebaiknya dan jangan sesekali memperkotak-katikkan sahabat-sahabat anda.

-karipap.pusing-

Saturday, May 29, 2010

Terima Kasih

selamat pagi semua. untuk yang baru bangun kul 12 tadi.haha. memang tidur yang hebat la la kalau kul 12 baru terhegeh-hegeh nak bangun. tidur ni memang sesuatu yang mengasyikkan apatah lagi dengan sahabat lama yang setia (bantal busuk). bantal busuk ni memang fenomena yang kalau kita lihat dan perhatikan, ia sesuatu yang misteri. tetapi tidaklah menakutkan.

bantal busuk nih, walaupun busuk sebenarnya bau dia, tetapi umpama ubat tidur yang paling berkesan, kalau x percaya cuba bertanyakan kepada peminat-peminat bantal busuk tegar diluar sana. baunya umpama dadah yang menggiankan. baunya umpama wanita yang mengghairahkan. oppss. rasanya sampai disini saja la kisah bantal busuk dan pemilik-pemilik tegarnya.

nak ceritanya, terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi baca blog nih. walaupun reader x ramai, tapi aku makin bersemangat untuk menulis bila tau ade orang baca. haha. tq ALL.

nanti aku selalu-selalu updatekan blog aku yer.

p/s tq kawan-kawan sebab teman aku layan Geronimo kat ebbys semalam. agagaga

-karipap.pusing-

Friday, May 28, 2010

Pelesit.

brrpp (sendawa).. alhamdulillah.. sedap betul lagu maher zain nih (barak Allah). kalau order lagi 1 lagu pelesit kota (search) mau termuntah aku pasal lagi sedap. ok habis cerita bab sedapp.. ahh sedappp.. off

nak ceritanya hari nih (semalam yg baru berlalu) exam sem ni dah habis. yang ni betul-betul dah habis. aku dah semak jadual exam tadi. memang betul la dah abis.. haish betul ke nih.. ish dah 3 kali ulang dah ni. tuka ayat lain lak.

tepat jam 5.00 pm ptg (semalam yg baru berlalu) exam sem ni dah habis. yang ni betul-betul dah habis. aku dah semak jadual exam tadi. memang betul la dah abis.. haish betul ke nih.. ish dah 3 kali ulang dah ni. tuka ayat lain lak.. gila!!

ape daaa. bosan

-Smoke- [nama baru]

Tuesday, May 18, 2010

Tips Menjimatkan Air

hari ni aku tergerak nak ceritakan pasal tips menjimatkan air. mungkin disebabkan teruja dengan masalah air yang melanggar hostel nih. xde air memang susah, nak study susah, nak mandi susah, nak buang air lagi susah sebabnya air xde. hatta nak minum pon susah. memang susah dan menyusahkan masalah ini. ternampak rantaiannya disitu. ok cukup2 lah merepek tu. kita pergi ke isi pentingnya pulak.




1. mandi dengan bijak.

jangan mandi secara tidak bijak. 3 minit dengan curahan air sederhana kuat sudah cukup untuk mandi sebenarnya. tetapi nafsu untuk mandi dan mungkin ada aktiviti lain didalam bilik mandi menjadikan unjuran masa mandi semakain panjang sehingga melangkau 15 ke 20 minit. tidakkah itu suatu yang merugikan.

2. kurangkan mandi wajib

seperti yang diketahui, mandi wajib memerlukan kesempurnaan tidak seperti kebanyakan mandi-mandi sunat yang ada dipasaran. secara teknikalnya mandi wajib memerlukan air yang lebih banyak supaya kita yakin dan mandi tanpa was-was. dan sesungguhnya was-was itu datangnya dari syaitan.

3. jangan biarkan air mengalir dan tidak digunakan

contohnya semasa mencuci muka di tandas, air sinki dibiarkan mengalir tanpa digunakan. tidakkah ini dinamakan pembaziran. sesungguhnya membazir itu amalan syaitan kan. apakah kita rela menjadi pengamnal-pengamal amalan syaitan dalam aspek pembaziran air ini?? sila jawab dengan berfikir semasak-masaknya

hatta semasa mengambil wudhuk sekalipun, kita tidak dibenarkan membazir. dan islam itu sentiasa menjadi agama yang syumul dalam setiap aspek kehidupan.syukur atas nikmat islam dan iman ini..

4.point dah xde. aku simpan lak nak post dikemudian hari..

kesimpulannya jangan selalu sangat buang air.. berjimat-jimatlah untuk kemudian hari.

-karipap.pusing-

Facebook Menemukan Kita

aku pon tak tau kenapa. tapi aku memang rasa nak post sesuatu.. agagaga [ni gelak penyu aku pinjam dengan kebenaran] biarlah orang nak cakap apa pun lepas aku post nih. janji aku dah post.

semenjak dua menjak ni. tiga menjak belum sempurna lagi pembinaannya, facebook menjadi satu fenomena. aku pon tak tahu sejauh mana kebenarannya facebook ni. tapi ternyata ianya benar!!. sampaikan PM kita pon dah sibuk men facebook.

secara istilahnya atau istilahi dalam bahasa arab, orang yang sentiasa berjimba-jimba dengan facebook dipanggil 'facebooker'. atau 'facebooker tegar' dalam bahasa melayu jatinya. manakala perbuatan sedang melayan facebook dipanggil 'facebooking'. sila 'take note' istilah-istilah ini kerana kemungkinan untuk masuk dalam peperiksaan EDU hari rabu dan khamis nih amat besar iaitu 62.4 %. lebih setengah bukan?? oleh itu berjaga-jaga lah.

semalam, beberapa jam yang lepas dari kalau mengikut pengiraan nerd, aku baru bampak 1 kebaikan facebook. walaupun banyak kebaikannya yang lain. aku taknak ambik tahu. aku hanya berpegang pada point aku sahaja iaitu kebaikan facebook ada 1.:P

1. ceh dah ade satu pon nak tulis nombor jugak ke??. jadi x payah tulis nombor, senang xdak orang nak komplen2. surat menyurat tidak akan dilayan. mintak maaf. hanya kad topup sahaja akan diberikan layanan tidak seberapa.

aku dah wish hari jadi kat beberapa individu yang bergelar rakan atau lebih detailnya rakan facebook beberapa hari kebelakangan ini. seandainya tiada facebook, peratusan untuk hari jadi itu di wish amatlah sedikit. mungkin dibawah paras 0%.dibawah paras beku kalau dirujuk kepada cikgu-cikgu fizik di luar sana terutamanya penyu.

apabila sampai tarikh hari jadi, secara automatiknya seseorang itu akan menjadi lebih teruja dan gembira, terangsang juga mungkin jika ada orang yang wish terutamanya kekasih lama, rakan sejawat, kekasih baru, teman sebilik, rakan sepermainan dan juga sahabat-sahabat handai ataupun individu yang tidak dikenali.

apakah perasaan anda apabila seseorang mengucapkan kepada anda "selamat hari jadi awakkk!! semoga panjang umur dan murah rezeki" bukankah sempurna hari itu dirasakan. oleh itu sebagai kesimpulannya, ucaplah selamat hari lahir kepada sahabat anda mahupun orang yang tidak dikenali..sob..sob..sob.

akhir kata.. boh la main facebook tu,, study pulak...:P

-karipap.pusing-

Friday, May 14, 2010

All Work And No Play Makes Jack A Dull Boy

wah.. berperibahasa ko halim.. tebiat ke apa nih??. tidak sama sekali.. i mean it!!. ceh bahasa inggeris lagi tu. sah tebiat.!.

hari nih memang aku tak sempat nak berjimba-jimba. walaupun sedikit, kekangan masa umpama menghambat, menghambat dan terus menghambat lagi. tidak penatkah dia, sungguh tinggi staminanya. masih bermonolog lagi dengan masa...

tak apa...

walaupun sibuk macam semut, aku puas!!. kenapa semut sibuk?? sebab semut xde facebook untuk berjimba-jimba. semut hanya mempunyai kekasih hati yang turut sibuk bekerja. tapi itu fitrah semut, bagaimana dengan fitrah manusia?? perlukan hiburan, permainan dan sebagainya. manusia yang tidak mempedulikan semua itu dan hanya bekerja, bekerja dan bekerja. jadi lah seperi jack.

hahaha.. boooo jack..:P

aktiviti hari ni memang menarik
1. dikir barat
2. hias stesen sukaneka

memang feveret aku sume nih.. ahaha

-karipap.pusing-

Khidmat Komuniti

Khidmat Komuniti atau dengan bunyi sebutan peliknya berkhidmat kepada komuniti.. komuniti dari segi maksudnya mungkin sekumpulan atau sekelompok manusia yang hidup, bergurau, mengumpat dan sebagainya dalam satu kawasan yang sama. kawasan pula boleh dieertikan sebagai satu kawasan dimuka bumi yang diberi nama khas yang tertentu. contohnya Kuala Lumpur, kampung batu 38, kampung kera dan sebagainya.

kalau macam ni entrynya.. memang aku menang award blog paling ilmiah la. memang kelas!!

pagi tadi dalam pukul 7.00

loko kejut aku bangun. tapi memg tidurku hari ini terlalu mengujakan dan nikmat. gersang mungkin.. dengan pantasnya aku bangun pada jam 8.00 pagi. ok la tu. xdak la delay lama sangat..

8.02 pagi

nek bas ramai-ramai pi kat kg padang polis (nama khas kawasan tersebut) untuk memulakan sesi khidmat komuniti.

8.14 pagi

sampai di kawasan KEMAS kg. padang polis (nama khas kawasan), masyarakat (komuniti) disana menyambut kedatangan kami dengan semangat yang berkobar-kobar inginkan perubahan. perubahan yang dimaksudkan adalah kawasan KEMAS yang rumput 4 kaki tuh da kemas, rata.. xde rumput. macam la xleh buat sendiri.

10.30

ucapan yang berhormat yang membahaskan tentang kebersihan sebahagian daripada iman. YB ini nseorang ustaz sebenarnya.. ucapan penutup beliau telah bertukar menjadi tazkirah atau nama glemernya kultum.

11.00

makan.. sentiasa part yang paling best. tapi yang x bestnya aku nak sarapan. datang ngan perut kosong beb..!
nanti kalo rajin aku upload gambr.. ahaha.. sekian. nak pi semayang jumaat sat.

-karipap.pusing-

Thursday, May 13, 2010

aku rasa

kau sombong!!
seriously kau sombong..

ahaha.. jgn berprasangka buruk...
x baik untuk jiwa.

tp seriously ko tetap sombong
dimata aku

Hari Ini Hari Belajar

secara tiba-tiba aku jadi rajin hari ni. bangun pagi rasa nak study arab sampai hadam, lepastu sambung ngan pn pulak dan pastu anatomi (tolong study kat roomate aku kecek).. haa ingat senang ke nak dapat perasaan rajin sampai macam ni sekali.

rajin, malas, sakit, sihat, gersang, sangap semua itu adalah kurniaan daripada Allah. tp perlu diingat bahawa kurniaan daripada Allah ini adakalanya ujian bagi uamat manusia yang beriman. jangan kita cakap kita ni orang beriman sedangkan ujian yang Allah timpakan begitu kecil, mudah, sebarang dan ringan.

Allaah sentiasa memberikan ujian kepada hambanya tidak kira siapa untuk menguji tahap keimanan kita. oleh itu kita harus bersedia untuk menempuhnya walaupun dengan tangan kosong. maka berdoalah kepada Allah supaya tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. semoga hidup kita mendapat rahmat dan hidayah serta diberkati Allah..

Aminnn.

######################
baca doa dulu sebelum belajar


exam dah tak jauh, orang putih kata sekeliling sudut [around the corner]. oleh itu, aku kena study, bukan aku sorang tapi jugak kawan-kawan aku. semoga kita semua 'meneruskan pengajian' untuk semester hadapan. x gitu?

kepada member-member kelas aku;


Zaki
Ajay

Selamat belajar kepada semua dan semoga kita dapat bersama lagi..:P [ni mood sedih + air mata buatan]

-karipap.pusing-

Wednesday, May 12, 2010

Menjual Masa

amboi ko halim. satu hari sampai 2 entry post.. gersang ke apa nih.

xpe biarkan makhluk diatas. saya ada seorang kawan, kawan saya gemar berfacebook sehingga dirinya menjadi gian,sangap,gersang dan sebagainya terhadap facebook.. cerita kawan saya tamat disini sahaja..saya bernasib baik kerana tidak menjadi seperti beliau

ni cerita baru...

hari ni aku exam.. memang semput. kalau orang muda-muda cakap kepala tepu.. orang muda la kata.. kalau orang tua kepala tak tepu. air naik kepala ada la... kepala kita ni jadi tepu mungkin disebabkan oleh terlalu banyak menerima maklumat dalam masa yang singkat.. jika tepu tu nak diceritakan.. x abis.. so x payah cita bab tepu nih sebab otak aku pon tepu lagi nih..

jadi kita sambung bab exam. disebabkan exam datang mencurah, facebook bersama notebook ditolak ketepi dan buku2 serta nota yang tidak pernah dijenguk ditarik ketengah (aku kat tengah masa tu).

jadi nak ceritanya aku xde masa nak men facebook time exam..huhu..:(. tp xpe.. hari nih facebook aktif semula.. muahahaha.. jaga kau facebook! akan ku lunaskan perasaan dendam, gersang, sangap, cinta semalam yang belum terlaksana..

-karipap.pusing-

bAckstabBer

hari nih aku ada exam.. sape ckp exam xbest.. best woooo.. masuk dalam kelas.. duduk atas kerusi 2 jam.. pastu pi makan... bukan selalu nk dapat peluang cmni.... tu dulu.. aku sekarang merupakan seorang yang lain, lain dari yang lain, lain daripada biasa... ahh terlalu banyak pulak bnde nak dianalogikan..

sekarang ni,

aku masuk dewan exam dengan semangat berkobar-kobar. lepak atas kerusi 2 jam tapi bukan lepak sekadar, tapi memerah otak mengeluarkan idea yang berkandar-kandar.. bila letih sekejap-sekejap aku bersandar, bila fikir punya fikir idea x mari aku bersabar.

#############################################

12.25 tengahari

alangkah hebatnya jam-jam gini aku boleh membutakan mata hati atas katil.. tp apakan daya.. ada pulak kelas.

tapi x apa... berkorban demi segulung ijazah...

Now: tekun belajar PN.. nanti aku sambung hupdate... pasal backstabber masih belum dirungkaikan.. terlupa pulak... jom tengok supernatural.... memang kelas la sam wincheskey

-karipap.pusing-

Sunday, May 2, 2010

Rindu??

ahh!!.. aku terlalu rindukan mereka.. kenakah ayat ini untuk aku??.. bayangkan aku cakap mcm tu... sudah tentu tidak bagi jejaka berhati kental seperti aku.. ahh!! pedulikan itu semua [tapi hatiku meronta-ronta (nada golum dalam LOTR)]<<--- what the ****.. aku x percaya (cinta!!) aku yang menulis ayat-ayat diatas. terlalu berunsurkan jiwang dan tangkap leleh.. memang kelas.

diatas tu bukan aku sebenarnya (mencemik muka gaya menyampah seorang samseng jalanan peringkat bawahan).. aku seorang yang sejuk (cool). mana mungkin gaya penulisan yang sebegitu jelik aku tonjolkan.. haish.. x mungkin2...

kepada comrade2 sekalian, sila balik cepat. ada something aku nk tunjuk... something weird, creepy, sucks, crap and unusual.

-bujang.alfongsuri-

Sunday, April 25, 2010

Kecewa...

aku x pasti apsal ada org x bg aku read blog die.. haish... aku pembaca blog berjiwa patriotik kot. xpe la. kalau dah x bagi tu aku baca blog sendiri je la...:P

-stalker dramatik-

Saturday, April 17, 2010

Aku x Nampak Jalan

arghhh.. da 19 kali mata aku kelip2. 1 baris pon aku x tulis lagi... gilalah xtau nak tulis apa.. isk2...

xpe2. mlm ni lepas koir aku hapdate. tp x sure la...:P


Wednesday, March 24, 2010

|Musibah Dan Ujian Dari Pencipta|

selamat hari rabu, esok kamis.. isk x sabar nak cuti. [ape jadah.. hiks]..

itulah yang dikatakan kehidupan, itulah yang dikatakan perjalanan dan itulah yang dipanggil musafir.

orang kata kalau hidup ni xde cabaran, x best la. bg aku kalau xde cabaran lg best. rilek je. bangun pg pi keja, balik pastu tido. hari cuti enjoy sikit2. x gitu.. [apa jadah best cabaran]

ok2. aku malas nak buang masa ngan membebel [bleber] kat sini.

ramai betul kawan-kawan seangkatan yang ditimpa musibah [dengan kata lain ujian, cabaran, teka-teki dan sebagainya] bulan mac ni. harapan aku semoga musibah [dengan kata lain ujian, cabaran, teka-teki dan sebagainya]itu menjadikan mereka lebih penyabar, bersyukur dan beriman aminn!.

galeri eksiden dan musibah [dengan kata lain ujian, cabaran, teka-teki dan sebagainya] bulan mac. aku x tau kalau tertinggal. mintak maap bebanyak.

1. dong eksiden moto. haisss

2. budak math yang buat pbs eksiden kat melaka. erm budak math jugak

3. kesom langgar kambing otw balik kampung.

4. 2 hari lepas ayah student yang tengah pbs meninggal.

innalillahi wa innailaihi roji'un..

Monday, March 22, 2010

Qada' dan Qadar

terkejut aku mlm hari tu, ada rakan seangkatan yang eksiden. haish, budak2 ni bukannya nak inform awal2. mcm poohooi. abis aku dpt berita lewat. warghhh.

xpe2. lupakan. x guna membebel kat blog ni walaupun blog ni blog aku..

doaku supaya mereka cepat sembuh. xkne extend. haish kalo kne extend naya.

itulah yang dinamakan takdir. dah takdirnya begitu kan. redhalah kita sebagai hamba.. Allahuakbar.. maha suci Allah yang menguji manusia.. amiin.

Panas x Melesia?? haih

panas.. panas.. panas.. luahan hatiku. kuang3. naseb bek ayah aku ade kilang eskrem. "eskrem.. cool my system".. sejuk (cool) x ayah aku ade kilang eskrem.

itu la. org da ckp. jgn bt pembakaran terbuka. kalo nak bakar ape, bakar je dalam umah. tertutup sikit. ini x, nk membakar jugak kat kawasan terbuka. susah hati aku.susah.. susah.. susah..

kalo korg perasan la kan (aku x perasan dan bukan org yang suka perasan) time cuti kt umah cucaca bukan maen panas lagi. kt trgnu ni ok la sikit. sikit je la. panas jugak kalo tengahari. kalo kat hometown aku tu, siang2 lepak luar je, khemah. dalam umah panas. nak wat cmne. huh!

igt nak suh ayah aku pasang ekon la dalam umah. nak2 luar umah skali. kompen cool.

ok da abis iklan... iklan pemanasan global yang x bergambar. STOP GLOBAL WARMING!! YEAHHH..

Saturday, January 30, 2010

| pilihan di tangan khalifah |


''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)


"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat adzab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan".
(As-Shad:26)

Wednesday, January 27, 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Itulah yang dicanag-canang sejak berkurun, maaf bukan lagi berkurun tapi berabad lamanya oleh orang tua-tua. Dari zaman Parameswara hinggalah zaman globalisasi dunia tanpa sempadan ini, peribahasa ini masih digunakan.

Tetapi bukanlah zaman yang hendak aku bicarakan disini, tapi kepala tajuk tu yang nak dibincangkan. Kalo x tau kepala tajuk dia apa, sila rujuk dibahagian atas ye.

Patah tumbuh: kalo pokok patah dahan, mungkin dahan dia akan tumbuh balik, hilang berganti: kalo pen hilang kita bleh gantikandengan pen yang baru, apa ada hal kan. Tapi apakah kena mengena peribahasa ni dengan manusia.

Kalau kepala patah bukan bleh tumbuh balik pon dan satu lagi yg salah kalo anak ilang bleh buat anak lain.. merepek2..

Asyik bebel je dari tadi, kita ke bab yang seterusnya (cantik).. bahang pilihanraya IPG terutama KDRI ni dah mula terasa. Mungkin pilihanraya ni sejenis api??? X mungkin.. yang memungkinkan kemungkinan ini ialah puak2 yang mengapikan perasaan pengundi. Hohoho.

Bayangkan kalau perasaan da berapi, kompem x igt dunia.. kenapa x igt dunia?? Sebab panas, bila panas jadi panic. Mcm rumah terbakor, kalo bleh rilek memang ahli bomba sejati la.

Mungkin ada suara-suara yg sumbang lagi lari pitching dok mengata kat puak2 aku, bukan mungkin lagi tp memang ade!!!. Hohoho. tapi xpe. Kalo nak ikut ckp org je, mampus la. mungkin ape yg dikatakan ade benarnya... tapi mungkin byk salahnya.. hohoho..P

igt berenti kat sini pon dah ok la.. sje je nak merepek sesikit. mintak maaf la kalo tulisan ni xde fakta nak hanya auta semata2..

Tuesday, January 12, 2010

lama sangat x menulis

rasa macam dah terlalu lama x menulis, x berblogging kata orang putih kacuk melayu. tahun ini dengan azam baru, impian yang baru, sasaran (target) yang baru, semua orang ada azam baru masing-masing. ada yang nak tukar kit badan (bodykit) L2s la, nak masuk rim sukan, nak cari bini, nak dapat anugerah pengarah pon ada jugak dan berbagai2 lagi. andainya diizinkan Allah rabbuljalil moga2 tercapai la azam itu.

kita tinggalkan 2009 yang penuh ketidakcemerlangan lantas memulakan tahun baru yang lebih baik dari tahun yang lama. macam kasut, kalau dah ada kasut baru kita buang je kasut lama tu. simpan pon kalo menyemak xkan memberi hasil walaupun sebesar zarrah. tapi kalo suami isteri pulak, dah dapat anak baru jangan la dibuang anak yang lama, kesian budak tu, kita bukan tau kot2 dia ada potensi yang mampu digilap. contohnya bleh jadi pelumba relli macam saladin ke, doktor haiwan macam Dr. teoh ke. haaaaa. angkasawan ke.. pergh glemer mak ayah nanti. jadi buat la anak ramai bagi yg dah kawin. kalo x kawin lagi jangan dok gatai.. :P

xpe, kita lupakan barang yang lama dan barang yang baru tu. kita mula berkerja keras untuk merealisasikan azam baharu (bukan baru) tu.. tapi beringatlah saudara-saudari, sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik, lebih terperinci, lebih sempurna.. wallahua'lam

walaupun aku tulis lewat, bukan malas sebenarnya tapi sebok dok cari idea nak tulis apa. hohoho..:D. dah 12 hari bulan da ni.