ceh gambar cacing pulak termasuk dalam nih. x perasan pulak aku
cuti ni tengah tahun ni memang mengujakan. sebab apa. sebab aku berjaya menjeleskan budak-budak skolah dengan cuti aku yang lebih seminggu. aku tau perasaan budak sekolah selepas diorang tahu aku cuti 3 minggu. walaupun perasaan mereka tidak diluahkan, aku masih dapat menangkap apa yang bermain-main di kotak pemikiran budak sekolah mereka itu. hahaha. aku kan cekgu. huh!
macam biasa, kalau masa cuti, seluruh masaku aku gunakan untuk berbudi kepada tanah. syukurlah tanah sejenis benda yang tahu membalas budi, tanah tidak seperti manusia, tanah juga tidak seperti kacang bogel. tanah sentiasa mengenang dan membalas budi. itu yang aku fikirkan. buktinya. jelas didepan mata. ayah aku sampai pencen berbudi kepada tanah dan hasilnya tidak pernah putus sehingga sekarang.
begitulah kehidupan di kampung. satu je aku x puas hati. laine internet memang hampeh. broadband boleh disimpan elok2 dalam almari. nak online aku kena cari kedai mamak. memang tu je satu2nya sumber internet sekarang buat masa nih. memang hampeh.. nak pasang streamyx x padan. mak ngan ayah aku je stay kat umah. yang lain semua dah ada kehidupan sendiri di tempat lain. sedih2.
rasanya dah panjang nih.. aku x larat nak tulis dah.. -end-
-karipap.pusing-
0 ayat-ayat gersang:
Post a Comment