hari nih dah masuk hari ketiga berpuasa. semoga puasa kita semua tergolong didalam puasa orang yang solehin.. dan puasa itu mempunyai tiga tingkatannya, tahapnya, tarafnya atau apa-apa yang seerti.
1.puasa para nabi, shiddiqin dan muqarrabin
iaitu puasa hati dari kehendak hina dan segala fikiran duniawi dan mencegahnya daripada memikirkan selain daripada Allah s.w.t
2. puasa orang-rang soleh
iaitu puasa dengan menahan diri daripada makan, minum, jima' dan perkara-perkara membatalkan puasa serta memelihara daripada melakukan perbuatan maksiat.
3. puasa orang awam
iaitu puasa hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum, jima' dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.
maka setidak-tidaknya haruslah kita mengejar taraf puasa yang sebagaimana orang soleh dan jika mampu, berpuasalah seperti para nabi, shiddiqin dan muqarrabin.
seterusnya kita pergi kepada persoalan ibadat dalam bulan ramadhan. Antara ibadat sunat yang telah dikhususkan untuk bulan ramadhan adalah solat sunat tarawih. solat sunat tarawih ini dilakukan selepas waktu isya' dan biasanya dilakukan dengan bilangan 8 rakaat ataupun 20 rakaat.
maka pada bulan ramadhan ini, muncullah gelaran seperti imam kilat dan sebagainya kerana berjaya menghabiskan solat tarawih 20 rakaat dalam masa 30 minit. masjid-masjid yang melakukan solat tarawih in secara kilat akan menjadi tumpuan penggemar tarawih kilat. :P
oleh itu sebagai kesimpulannya, apakah niat kita semasa solat tarawih sebenarnya?? adakah kita berniat untuk membuat 20 rakaat tanpa penat lelah ataupun mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.
Alangkah baiknya jikalau kita tidak mengambil kira cepat atau lambatnya solat tarawih itu dilakukan. lebih bermakna dan tercapai objektif solat tarawih itu untuk berehat-rehat setelah seharian berpuasa.
0 ayat-ayat gersang:
Post a Comment