aku pon tak tau kenapa. tapi aku memang rasa nak post sesuatu.. agagaga [ni gelak penyu aku pinjam dengan kebenaran] biarlah orang nak cakap apa pun lepas aku post nih. janji aku dah post.
semenjak dua menjak ni. tiga menjak belum sempurna lagi pembinaannya, facebook menjadi satu fenomena. aku pon tak tahu sejauh mana kebenarannya facebook ni. tapi ternyata ianya benar!!. sampaikan PM kita pon dah sibuk men facebook.
secara istilahnya atau istilahi dalam bahasa arab, orang yang sentiasa berjimba-jimba dengan facebook dipanggil 'facebooker'. atau 'facebooker tegar' dalam bahasa melayu jatinya. manakala perbuatan sedang melayan facebook dipanggil 'facebooking'. sila 'take note' istilah-istilah ini kerana kemungkinan untuk masuk dalam peperiksaan EDU hari rabu dan khamis nih amat besar iaitu 62.4 %. lebih setengah bukan?? oleh itu berjaga-jaga lah.
semalam, beberapa jam yang lepas dari kalau mengikut pengiraan nerd, aku baru bampak 1 kebaikan facebook. walaupun banyak kebaikannya yang lain. aku taknak ambik tahu. aku hanya berpegang pada point aku sahaja iaitu kebaikan facebook ada 1.:P
1. ceh dah ade satu pon nak tulis nombor jugak ke??. jadi x payah tulis nombor, senang xdak orang nak komplen2. surat menyurat tidak akan dilayan. mintak maaf. hanya kad topup sahaja akan diberikan layanan tidak seberapa.
aku dah wish hari jadi kat beberapa individu yang bergelar rakan atau lebih detailnya rakan facebook beberapa hari kebelakangan ini. seandainya tiada facebook, peratusan untuk hari jadi itu di wish amatlah sedikit. mungkin dibawah paras 0%.dibawah paras beku kalau dirujuk kepada cikgu-cikgu fizik di luar sana terutamanya penyu.
apabila sampai tarikh hari jadi, secara automatiknya seseorang itu akan menjadi lebih teruja dan gembira, terangsang juga mungkin jika ada orang yang wish terutamanya kekasih lama, rakan sejawat, kekasih baru, teman sebilik, rakan sepermainan dan juga sahabat-sahabat handai ataupun individu yang tidak dikenali.
apakah perasaan anda apabila seseorang mengucapkan kepada anda "selamat hari jadi awakkk!! semoga panjang umur dan murah rezeki" bukankah sempurna hari itu dirasakan. oleh itu sebagai kesimpulannya, ucaplah selamat hari lahir kepada sahabat anda mahupun orang yang tidak dikenali..sob..sob..sob.
akhir kata.. boh la main facebook tu,, study pulak...:P
-karipap.pusing-
1 ayat-ayat gersang:
mcm mana nak jimat air keluar pon tidak...
Post a Comment