Tuesday, January 12, 2010

lama sangat x menulis

rasa macam dah terlalu lama x menulis, x berblogging kata orang putih kacuk melayu. tahun ini dengan azam baru, impian yang baru, sasaran (target) yang baru, semua orang ada azam baru masing-masing. ada yang nak tukar kit badan (bodykit) L2s la, nak masuk rim sukan, nak cari bini, nak dapat anugerah pengarah pon ada jugak dan berbagai2 lagi. andainya diizinkan Allah rabbuljalil moga2 tercapai la azam itu.

kita tinggalkan 2009 yang penuh ketidakcemerlangan lantas memulakan tahun baru yang lebih baik dari tahun yang lama. macam kasut, kalau dah ada kasut baru kita buang je kasut lama tu. simpan pon kalo menyemak xkan memberi hasil walaupun sebesar zarrah. tapi kalo suami isteri pulak, dah dapat anak baru jangan la dibuang anak yang lama, kesian budak tu, kita bukan tau kot2 dia ada potensi yang mampu digilap. contohnya bleh jadi pelumba relli macam saladin ke, doktor haiwan macam Dr. teoh ke. haaaaa. angkasawan ke.. pergh glemer mak ayah nanti. jadi buat la anak ramai bagi yg dah kawin. kalo x kawin lagi jangan dok gatai.. :P

xpe, kita lupakan barang yang lama dan barang yang baru tu. kita mula berkerja keras untuk merealisasikan azam baharu (bukan baru) tu.. tapi beringatlah saudara-saudari, sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik, lebih terperinci, lebih sempurna.. wallahua'lam

walaupun aku tulis lewat, bukan malas sebenarnya tapi sebok dok cari idea nak tulis apa. hohoho..:D. dah 12 hari bulan da ni.

0 ayat-ayat gersang: