Powered By Blogger

Kejohanan Olahraga tahunan 2011

Air Horn!!

Percutian Di Pantai Penarek

Ramai juagk yang datang.. bakar ayam, bakar sosej, kite bakor je!!.. :P

MY Ride

83's Corolla

Lata Belatan Labour Day 2011

Job Stop Jump Swim Drown VolleyBall Lunch Sleep

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, May 29, 2010

Terima Kasih

selamat pagi semua. untuk yang baru bangun kul 12 tadi.haha. memang tidur yang hebat la la kalau kul 12 baru terhegeh-hegeh nak bangun. tidur ni memang sesuatu yang mengasyikkan apatah lagi dengan sahabat lama yang setia (bantal busuk). bantal busuk ni memang fenomena yang kalau kita lihat dan perhatikan, ia sesuatu yang misteri. tetapi tidaklah menakutkan.

bantal busuk nih, walaupun busuk sebenarnya bau dia, tetapi umpama ubat tidur yang paling berkesan, kalau x percaya cuba bertanyakan kepada peminat-peminat bantal busuk tegar diluar sana. baunya umpama dadah yang menggiankan. baunya umpama wanita yang mengghairahkan. oppss. rasanya sampai disini saja la kisah bantal busuk dan pemilik-pemilik tegarnya.

nak ceritanya, terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi baca blog nih. walaupun reader x ramai, tapi aku makin bersemangat untuk menulis bila tau ade orang baca. haha. tq ALL.

nanti aku selalu-selalu updatekan blog aku yer.

p/s tq kawan-kawan sebab teman aku layan Geronimo kat ebbys semalam. agagaga

-karipap.pusing-

Friday, May 28, 2010

Pelesit.

brrpp (sendawa).. alhamdulillah.. sedap betul lagu maher zain nih (barak Allah). kalau order lagi 1 lagu pelesit kota (search) mau termuntah aku pasal lagi sedap. ok habis cerita bab sedapp.. ahh sedappp.. off

nak ceritanya hari nih (semalam yg baru berlalu) exam sem ni dah habis. yang ni betul-betul dah habis. aku dah semak jadual exam tadi. memang betul la dah abis.. haish betul ke nih.. ish dah 3 kali ulang dah ni. tuka ayat lain lak.

tepat jam 5.00 pm ptg (semalam yg baru berlalu) exam sem ni dah habis. yang ni betul-betul dah habis. aku dah semak jadual exam tadi. memang betul la dah abis.. haish betul ke nih.. ish dah 3 kali ulang dah ni. tuka ayat lain lak.. gila!!

ape daaa. bosan

-Smoke- [nama baru]

Tuesday, May 18, 2010

Tips Menjimatkan Air

hari ni aku tergerak nak ceritakan pasal tips menjimatkan air. mungkin disebabkan teruja dengan masalah air yang melanggar hostel nih. xde air memang susah, nak study susah, nak mandi susah, nak buang air lagi susah sebabnya air xde. hatta nak minum pon susah. memang susah dan menyusahkan masalah ini. ternampak rantaiannya disitu. ok cukup2 lah merepek tu. kita pergi ke isi pentingnya pulak.




1. mandi dengan bijak.

jangan mandi secara tidak bijak. 3 minit dengan curahan air sederhana kuat sudah cukup untuk mandi sebenarnya. tetapi nafsu untuk mandi dan mungkin ada aktiviti lain didalam bilik mandi menjadikan unjuran masa mandi semakain panjang sehingga melangkau 15 ke 20 minit. tidakkah itu suatu yang merugikan.

2. kurangkan mandi wajib

seperti yang diketahui, mandi wajib memerlukan kesempurnaan tidak seperti kebanyakan mandi-mandi sunat yang ada dipasaran. secara teknikalnya mandi wajib memerlukan air yang lebih banyak supaya kita yakin dan mandi tanpa was-was. dan sesungguhnya was-was itu datangnya dari syaitan.

3. jangan biarkan air mengalir dan tidak digunakan

contohnya semasa mencuci muka di tandas, air sinki dibiarkan mengalir tanpa digunakan. tidakkah ini dinamakan pembaziran. sesungguhnya membazir itu amalan syaitan kan. apakah kita rela menjadi pengamnal-pengamal amalan syaitan dalam aspek pembaziran air ini?? sila jawab dengan berfikir semasak-masaknya

hatta semasa mengambil wudhuk sekalipun, kita tidak dibenarkan membazir. dan islam itu sentiasa menjadi agama yang syumul dalam setiap aspek kehidupan.syukur atas nikmat islam dan iman ini..

4.point dah xde. aku simpan lak nak post dikemudian hari..

kesimpulannya jangan selalu sangat buang air.. berjimat-jimatlah untuk kemudian hari.

-karipap.pusing-

Facebook Menemukan Kita

aku pon tak tau kenapa. tapi aku memang rasa nak post sesuatu.. agagaga [ni gelak penyu aku pinjam dengan kebenaran] biarlah orang nak cakap apa pun lepas aku post nih. janji aku dah post.

semenjak dua menjak ni. tiga menjak belum sempurna lagi pembinaannya, facebook menjadi satu fenomena. aku pon tak tahu sejauh mana kebenarannya facebook ni. tapi ternyata ianya benar!!. sampaikan PM kita pon dah sibuk men facebook.

secara istilahnya atau istilahi dalam bahasa arab, orang yang sentiasa berjimba-jimba dengan facebook dipanggil 'facebooker'. atau 'facebooker tegar' dalam bahasa melayu jatinya. manakala perbuatan sedang melayan facebook dipanggil 'facebooking'. sila 'take note' istilah-istilah ini kerana kemungkinan untuk masuk dalam peperiksaan EDU hari rabu dan khamis nih amat besar iaitu 62.4 %. lebih setengah bukan?? oleh itu berjaga-jaga lah.

semalam, beberapa jam yang lepas dari kalau mengikut pengiraan nerd, aku baru bampak 1 kebaikan facebook. walaupun banyak kebaikannya yang lain. aku taknak ambik tahu. aku hanya berpegang pada point aku sahaja iaitu kebaikan facebook ada 1.:P

1. ceh dah ade satu pon nak tulis nombor jugak ke??. jadi x payah tulis nombor, senang xdak orang nak komplen2. surat menyurat tidak akan dilayan. mintak maaf. hanya kad topup sahaja akan diberikan layanan tidak seberapa.

aku dah wish hari jadi kat beberapa individu yang bergelar rakan atau lebih detailnya rakan facebook beberapa hari kebelakangan ini. seandainya tiada facebook, peratusan untuk hari jadi itu di wish amatlah sedikit. mungkin dibawah paras 0%.dibawah paras beku kalau dirujuk kepada cikgu-cikgu fizik di luar sana terutamanya penyu.

apabila sampai tarikh hari jadi, secara automatiknya seseorang itu akan menjadi lebih teruja dan gembira, terangsang juga mungkin jika ada orang yang wish terutamanya kekasih lama, rakan sejawat, kekasih baru, teman sebilik, rakan sepermainan dan juga sahabat-sahabat handai ataupun individu yang tidak dikenali.

apakah perasaan anda apabila seseorang mengucapkan kepada anda "selamat hari jadi awakkk!! semoga panjang umur dan murah rezeki" bukankah sempurna hari itu dirasakan. oleh itu sebagai kesimpulannya, ucaplah selamat hari lahir kepada sahabat anda mahupun orang yang tidak dikenali..sob..sob..sob.

akhir kata.. boh la main facebook tu,, study pulak...:P

-karipap.pusing-

Friday, May 14, 2010

All Work And No Play Makes Jack A Dull Boy

wah.. berperibahasa ko halim.. tebiat ke apa nih??. tidak sama sekali.. i mean it!!. ceh bahasa inggeris lagi tu. sah tebiat.!.

hari nih memang aku tak sempat nak berjimba-jimba. walaupun sedikit, kekangan masa umpama menghambat, menghambat dan terus menghambat lagi. tidak penatkah dia, sungguh tinggi staminanya. masih bermonolog lagi dengan masa...

tak apa...

walaupun sibuk macam semut, aku puas!!. kenapa semut sibuk?? sebab semut xde facebook untuk berjimba-jimba. semut hanya mempunyai kekasih hati yang turut sibuk bekerja. tapi itu fitrah semut, bagaimana dengan fitrah manusia?? perlukan hiburan, permainan dan sebagainya. manusia yang tidak mempedulikan semua itu dan hanya bekerja, bekerja dan bekerja. jadi lah seperi jack.

hahaha.. boooo jack..:P

aktiviti hari ni memang menarik
1. dikir barat
2. hias stesen sukaneka

memang feveret aku sume nih.. ahaha

-karipap.pusing-

Khidmat Komuniti

Khidmat Komuniti atau dengan bunyi sebutan peliknya berkhidmat kepada komuniti.. komuniti dari segi maksudnya mungkin sekumpulan atau sekelompok manusia yang hidup, bergurau, mengumpat dan sebagainya dalam satu kawasan yang sama. kawasan pula boleh dieertikan sebagai satu kawasan dimuka bumi yang diberi nama khas yang tertentu. contohnya Kuala Lumpur, kampung batu 38, kampung kera dan sebagainya.

kalau macam ni entrynya.. memang aku menang award blog paling ilmiah la. memang kelas!!

pagi tadi dalam pukul 7.00

loko kejut aku bangun. tapi memg tidurku hari ini terlalu mengujakan dan nikmat. gersang mungkin.. dengan pantasnya aku bangun pada jam 8.00 pagi. ok la tu. xdak la delay lama sangat..

8.02 pagi

nek bas ramai-ramai pi kat kg padang polis (nama khas kawasan tersebut) untuk memulakan sesi khidmat komuniti.

8.14 pagi

sampai di kawasan KEMAS kg. padang polis (nama khas kawasan), masyarakat (komuniti) disana menyambut kedatangan kami dengan semangat yang berkobar-kobar inginkan perubahan. perubahan yang dimaksudkan adalah kawasan KEMAS yang rumput 4 kaki tuh da kemas, rata.. xde rumput. macam la xleh buat sendiri.

10.30

ucapan yang berhormat yang membahaskan tentang kebersihan sebahagian daripada iman. YB ini nseorang ustaz sebenarnya.. ucapan penutup beliau telah bertukar menjadi tazkirah atau nama glemernya kultum.

11.00

makan.. sentiasa part yang paling best. tapi yang x bestnya aku nak sarapan. datang ngan perut kosong beb..!
nanti kalo rajin aku upload gambr.. ahaha.. sekian. nak pi semayang jumaat sat.

-karipap.pusing-

Thursday, May 13, 2010

aku rasa

kau sombong!!
seriously kau sombong..

ahaha.. jgn berprasangka buruk...
x baik untuk jiwa.

tp seriously ko tetap sombong
dimata aku

Hari Ini Hari Belajar

secara tiba-tiba aku jadi rajin hari ni. bangun pagi rasa nak study arab sampai hadam, lepastu sambung ngan pn pulak dan pastu anatomi (tolong study kat roomate aku kecek).. haa ingat senang ke nak dapat perasaan rajin sampai macam ni sekali.

rajin, malas, sakit, sihat, gersang, sangap semua itu adalah kurniaan daripada Allah. tp perlu diingat bahawa kurniaan daripada Allah ini adakalanya ujian bagi uamat manusia yang beriman. jangan kita cakap kita ni orang beriman sedangkan ujian yang Allah timpakan begitu kecil, mudah, sebarang dan ringan.

Allaah sentiasa memberikan ujian kepada hambanya tidak kira siapa untuk menguji tahap keimanan kita. oleh itu kita harus bersedia untuk menempuhnya walaupun dengan tangan kosong. maka berdoalah kepada Allah supaya tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. semoga hidup kita mendapat rahmat dan hidayah serta diberkati Allah..

Aminnn.

######################
baca doa dulu sebelum belajar


exam dah tak jauh, orang putih kata sekeliling sudut [around the corner]. oleh itu, aku kena study, bukan aku sorang tapi jugak kawan-kawan aku. semoga kita semua 'meneruskan pengajian' untuk semester hadapan. x gitu?

kepada member-member kelas aku;


Zaki
Ajay

Selamat belajar kepada semua dan semoga kita dapat bersama lagi..:P [ni mood sedih + air mata buatan]

-karipap.pusing-

Wednesday, May 12, 2010

Menjual Masa

amboi ko halim. satu hari sampai 2 entry post.. gersang ke apa nih.

xpe biarkan makhluk diatas. saya ada seorang kawan, kawan saya gemar berfacebook sehingga dirinya menjadi gian,sangap,gersang dan sebagainya terhadap facebook.. cerita kawan saya tamat disini sahaja..saya bernasib baik kerana tidak menjadi seperti beliau

ni cerita baru...

hari ni aku exam.. memang semput. kalau orang muda-muda cakap kepala tepu.. orang muda la kata.. kalau orang tua kepala tak tepu. air naik kepala ada la... kepala kita ni jadi tepu mungkin disebabkan oleh terlalu banyak menerima maklumat dalam masa yang singkat.. jika tepu tu nak diceritakan.. x abis.. so x payah cita bab tepu nih sebab otak aku pon tepu lagi nih..

jadi kita sambung bab exam. disebabkan exam datang mencurah, facebook bersama notebook ditolak ketepi dan buku2 serta nota yang tidak pernah dijenguk ditarik ketengah (aku kat tengah masa tu).

jadi nak ceritanya aku xde masa nak men facebook time exam..huhu..:(. tp xpe.. hari nih facebook aktif semula.. muahahaha.. jaga kau facebook! akan ku lunaskan perasaan dendam, gersang, sangap, cinta semalam yang belum terlaksana..

-karipap.pusing-

bAckstabBer

hari nih aku ada exam.. sape ckp exam xbest.. best woooo.. masuk dalam kelas.. duduk atas kerusi 2 jam.. pastu pi makan... bukan selalu nk dapat peluang cmni.... tu dulu.. aku sekarang merupakan seorang yang lain, lain dari yang lain, lain daripada biasa... ahh terlalu banyak pulak bnde nak dianalogikan..

sekarang ni,

aku masuk dewan exam dengan semangat berkobar-kobar. lepak atas kerusi 2 jam tapi bukan lepak sekadar, tapi memerah otak mengeluarkan idea yang berkandar-kandar.. bila letih sekejap-sekejap aku bersandar, bila fikir punya fikir idea x mari aku bersabar.

#############################################

12.25 tengahari

alangkah hebatnya jam-jam gini aku boleh membutakan mata hati atas katil.. tp apakan daya.. ada pulak kelas.

tapi x apa... berkorban demi segulung ijazah...

Now: tekun belajar PN.. nanti aku sambung hupdate... pasal backstabber masih belum dirungkaikan.. terlupa pulak... jom tengok supernatural.... memang kelas la sam wincheskey

-karipap.pusing-

Sunday, May 2, 2010

Rindu??

ahh!!.. aku terlalu rindukan mereka.. kenakah ayat ini untuk aku??.. bayangkan aku cakap mcm tu... sudah tentu tidak bagi jejaka berhati kental seperti aku.. ahh!! pedulikan itu semua [tapi hatiku meronta-ronta (nada golum dalam LOTR)]<<--- what the ****.. aku x percaya (cinta!!) aku yang menulis ayat-ayat diatas. terlalu berunsurkan jiwang dan tangkap leleh.. memang kelas.

diatas tu bukan aku sebenarnya (mencemik muka gaya menyampah seorang samseng jalanan peringkat bawahan).. aku seorang yang sejuk (cool). mana mungkin gaya penulisan yang sebegitu jelik aku tonjolkan.. haish.. x mungkin2...

kepada comrade2 sekalian, sila balik cepat. ada something aku nk tunjuk... something weird, creepy, sucks, crap and unusual.

-bujang.alfongsuri-