Powered By Blogger

Kejohanan Olahraga tahunan 2011

Air Horn!!

Percutian Di Pantai Penarek

Ramai juagk yang datang.. bakar ayam, bakar sosej, kite bakor je!!.. :P

MY Ride

83's Corolla

Lata Belatan Labour Day 2011

Job Stop Jump Swim Drown VolleyBall Lunch Sleep

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya aidilfitri




alhamdulillah. berjaya sudah diharungi ujian ramadhan.. bukanlah satu ujian yang mudah ramadan itu. tetapi ujian yang maha berat bagi seseorang hamba Allah. lainlah kalau wali Allah.:P

da abis posa, selamat hari raya la pulak. bila sampai ja hari raya mula la teringat kat kampung, naseb bek aku da cabot awal:P. kat awek. mak ayah. insan2 yang telah meninggalkan kita dan juga kenderaan tersayang. adeh.:P

disebabkan ramadhan telah mengajar kita untuk mengasihi saudara2 kita yang x mampu, bila dah raya jagan pulak x igt kat org susah.cian diorang :(. tolong la apa yang patut dan termampu untuk menggembirakan hati mereka.

diharapkan raya korang tahun ni meriah la ek.. aku punya kurang sket la. hahaha x tau la apasal:(

bujang_AlFongsuri

Tuesday, September 8, 2009

Road Safety For All.. mwahaha

road safety...

Letak gambar2 skit. kasi happening

jaga2. road surface x bagus. tp buat line klear jah

Letak roda sikit


Full Work.. :D

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Ahlan Wa Sahlan ila Ramadhan.. telah datang kepada kita penghulu segala bulan iaitu ramadhan yang didalamnya terkandung sejuta nikmat dan rahmat yang kita tahu dan tidak kita ketahui.

nabi muhammad pernah bersabda yang berbunyi seakan-akan begini; jikalau umat islam mengetahui akan kelebihan ramadhan, mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan. hal ini demikian kerana bersama ramadhan itu berbagai kenikmatan dan kerahmatan disamping kita menahan diri dengan ibadat puasa di siang hari.

segelintir manusia menjadikan Ramadhan sebagai beban kerana terpaksa berlapar dahaga di siang hari, kononnya dengan berpuasa, kita tidak mampu melakukan kerja secara produktif. sebenarnya dengan kehadiran Ramadhan ini, ia adalah seumpama sebuah madrasah yang mendidik diri kita supaya mentaati perintah Allah, setelah 11 bulan kita dididik dengan hawa nafsu yang membelakangi akal itu.,

bulan puasa sebenarnya adalah peluang kepada umat islam untuk berpesta ibadat kerana 1 riwayat menceritakan ;

"Apabila hendak menjelang Ramadhan, Allah s.w.t memanggil tiga orang malaikat iaitu Malaikat Ridzuan, Malik dan Jibril. Lalu Allah memerintahkan kepada malaikat Ridzuan, "wahai ridzuan, engkau bukalah semua pintu syurga seluas-luasnya dan jangan biarkan satu pun yang tertutup supaya umat islam selesa untuk beribadat. lalu Allah memerintahkan Malaikat malik pula." wahai malik, engkau tutuplah segala pintu neraka, jangan biarkan 1 pun daripada nya terbuka supaya umat islam selesa untuk beribadat. dan terakhir sekali Allah memerintahkan malaikat Jibril.; wahai Jibril, engkau turunkanlah ke bumi dan carilah satu puak yang dianamakan iblis dan syaitan, tangkap mereka dan ikatkan dengan rantai besi, lalu kau humbankanlah kedalam laut yang paling dalam.

berdasarkan riwayat diatas, marilah kita beribadat sebanyak-banyaknya kepada Allah dibulan ramadhan ini kerana bulan ini dijanjikan nikmat dan rahmat, pengampunan serta pebebasan daripada api neraka.

Allah s.w.t membebaskan sejuta orang daripada neraka setiap hari pada bulan ramadhan, 30 hari = 30 juta orang. marilah kita memohon keampunan daripada Allah dan terhindar daripada api neraka..

Tuesday, August 11, 2009

yeayyyy.. dpt cuti.... adeh.. tp demam la plak



adoi.. bukan senang nak dpt mc nih.. disebbkan sekarang ni musim selsema babi.. senang lak dapat mc.. ada doctor kata 90% demam yang berlaku sekarang berkaitan dengan selsema babi..

ada pulak sekarang ni pasal selsema anjing..tp x heboh lagi.. aduh... binatang2 haram ni asyik menyusahkan orang je... bunuh je la semua.. adeh.

Friday, July 24, 2009

Pagi Jumaat Yang Hening

Telah diwar-warkan dengan begitu banyak sekali akan kelebihan hari jumaat itu, maka hari jumaat itu merupakan penghulu segala hari. maka beruntunglah pada sesiapa yang bercuti pada hari ini kerana mendapat peluang untuk beribadat kepada Allah setelah berada dalam kesibukan duniawi di hari-hari sebelumnya dan bersibuklah dengan urusan akhirat pada hari jumaat ini.

antara amalan sunat pada hari jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Antara Fadhilat Hari Jumaat


walaupun banyak lagi fadhilat hari jumaat, aku letak skit je la k.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Tuesday, July 21, 2009

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

pada aku, lagu ni merupakan lagu yang amat baik kerana menerapkan unsur-unsur ketuhanan. kiranya kalo karoke lagu ni adalah sikit2 insap tu. x gitu. kalau x insap pon ada gak la terdetik di hati tu kan.

mungkinkah ini yang dikatakan karya puitis penyubur jiwa. ahe.

Not 50 Yang Aneh

semalam dok tengah cocoh (kelantan ckp ni) duit kat bank, terkeluaq pulak not 50 yang agak aneh pada pandangan aku. igtkan duit rupiah mana la sesat dalam atm tu. rupanya dwet RM50 baru la plak. memang abis la aku jaja kat orang yang aku ada duit 50 baru.

tp sebenaqnya aku pon x pasti gak duit tu bru ataupun aku je yg baru dapat. aheh. tp x kira la, yang penting aku sorg je ada buat masa ni. ahehehe. disebabkan oleh kebaruan duit aku tu, aku pon x jadi la nak bayaq utang dol ngan utang orang2 lain.. hahahaha mintap maap ye dol.

p/s gambaq duit tu nnt la aku masukkan, disebabkan internet yang agak lemau jadi aku malas nak menyabarkan diri upload gambar masuk blog. ahe. chow...

Monday, July 20, 2009

how To extend battery life


Battery life is a big problem for handset. how expensive your phone, it will have this problem too. today's smart phone require more energy than phones 10 years ago. it is because there are so many applications bring by the smart phone.

the most important thing here is we must use them wisely and with more care. here are a few tips to extend your phone battery life.

Turn off blue tooth

disable tones and vibrating alert

lower the brightness of your screen

setting the power saver time-out and light time-out to lower values

switch off application when you don't need it

turn off if you are not using your phone

avoid from playing games

each battery has their limited rate about how many times the battery can be recharge.

Thursday, July 16, 2009

Apakah Masalah Paling Kerap Menghantui Notebook

notebook adalah perkataan terjemahan daripada perkataan melayu yang bermaksud buku nota. apakan daya setelah di inggeriskan perkataan itu, ia bertukar menjadi komputer riba.. ????

ini dia 11 (sebelas) perkara yang menghantui notebook. walaupun dalam english, tp senang je nak paham.

1. Overheating

symptom : computer crashes, freezes

solution : clean out air vent, put filtered material over the anhilation vent, or update BIOS

2. Slow Hard Drive

symptom : Exessive program load times, slow file transfer

solution :Disk Defragmentation

3. Battery Won't Hold a Charge
symptom : Your notebook runs only a few minutes when unplugged

solution :Battery replacement

4. Need More memory

symptom : Sluggish performance when using multiple application


solution : Upgrade RAM, try a ReadyBost-enabled Usb Drive


5. Hard Drive Failure

symptom : loud clicking sound whenever computer accesses data from the hard drive

solution : Online backup sites, replace hard drive

6. Bad Keyboard
symptom : Missing or loose Keys

solution : Replace keyboard

7. Can't Connect To a Wireless Network
symptom : No internet connection, frequent time-outs while web browsing

solution :make sure wireless is turned on, smarter software tools, make sure router is broadcasting network name (SSID)

8. Stuck Pixels
symptom : Green or red dots on notebooks screen

solution :massage away dead pixels

9. System crash
symptom : Notebook won't Boot up

solution : remove the hard drive and place into an external enclosire, run checkdisk.

10. Virus Or Spyware Infestation
symptom : excessive pop ups, slow downloads

solution : install antispyware program, use free virus scan

11. Outdated Video Drivers
symptom : Garbled or distorted video

solution : Download the latest drivers.


Tuesday, June 23, 2009

Nak Rokok Budak 1



sila baca dialog dibawah

mat : tokey, bagi rokok sekotak

tokey : you mau rokok gambar yang mana? kaki ke, jantung ke, gambar budak ke. yang mana satu??

mat : bagi winston budak la tokey, cantikk sket. ahe

tokey : ok2

"mat pon balik kerumah dengan hati yang riang"

kalau mengikut dialog diatas. langkah govt letak gambar di kotak rokok telah mewujudkan suasana yang meriah dan berseri2 kotak rokok tersebut dengan gambar yang dipamerkan. smoker jugak boleh memilih gambar kegemaran mereka. kan bagus tu. oleh itu usaha kerajaan ini perlu kita sokong 200%.

Monday, May 25, 2009

PIM 3101

baru jep pagi tadi abis exam pai 1
balik2 gi kedai kuning jap. pastu men zero hour seround..
igt nk tidoq la ni.. tp tulis2 la skit. x tulis kang merajuk lak blog ni.

semalam ade dapt skit info pasal mozilla firefox. kalo sape nk improve die nye speed. leh la follow link yg aku bagi ni.



Sunday, May 24, 2009

EDU 3102

da sudah yang ni. ada lak major paper... mendebarkan...
lalalalala(demolition truck)

Wednesday, May 20, 2009

exam falsafah dah habis

alhamdulillah.. dah sudah exam no.1. banyak lagi yang mendatang ni
gud luck all. lagi 3 paper lagi. pastu leh merdeka jap 3 minggu. buku2 jgn dibuang. kot2 la nak kne study balik sem depan.. aduhai...

Saturday, May 16, 2009

terapi pernafasan untuk menghilangkan sakit kepala dan lelah

i got it from e-mail, my sis send me this article.

lembu

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

( Actually it ' s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
-
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .

( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
-
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don ' t you try it out?) .
-
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition

adeh, sape yang x faham bahasa melayu leh la bce english yang bold tu ek.

Friday, May 15, 2009

RON 92, RON95, RON97, RON100

pagi tadi baru dok sembang ngan remy, ayaq n mimi pasal petrol RON 95 yang baru diperkenalkan oleh kerajaan malaysia..

ron

apa yang aku faham pasal menatang RON adalah 'RESEARCH OCTANE NUMBER' .

octane = oktan dalam bahasa melayu.

bilangan oktan dalam angka menunjukkan seberapa banyak tekanan yang boleh diberikan sebelum petrol terbakar secara spontan. didalam enjin, campuran udara dan petrol akan ditekan oleh piston sehingga sehingga isipadu yang amat kecil dan dibakar dengan percikan api yang dihasilkan oleh plug (contoh DENSO SPARK PLUG).

disebabkan oleh tekanan yang sebegitu kuat, kadangkala campuran udara dan petrol ini boleh terbakar secara spontan (sebelum percikan api dari plug keluar). jika campuran ini terbakar disebabkan tekanan (bukan disebabkan percikan api dari plug) ia akan menghasilkan 'knocking' atau ketukan didalam enjin. ketukan ini akan merosakkan enjin.

oktana(C8) (oktan berasal daripada perkataan oktana), adalah bahan dalam campuran petrol yang mampu menahan tekanan pada kadar yang tinggi. oktana dapat ditekan sehingga isipadu yang sangat kecil tanpa berlaku pembakaran spontan. tidak seperti heptana yang mudah terbakar apabila diberikan tekanan yang sedikit.

jika petrol diberi label RON 95 bererti petrol tersebut mengandungi 95% oktana dan 5% heptana(atau campuran lain). petrol ini akan hanya terbakar jika tekanan yang diberikan melebihi atau digunakan pada kenderaan yang mempunyai nisbah tekanan melebihi angka tersebut.

kaedah pengukuran RON
RON diukur dengan menggunakan minyak didalam enjin ujian (test engine) yang mempunyai kadar tekanan yang pelbagai (variable compression ratio) didalam keadaan yang terkawal.

Beberapa angka oktan untuk bahan bakar:

Angka oktan boleh ditingkatkan dengan menambahkan zat aditif petrol. Menambahkan tetraethyl lead (TEL, Pb(C2H5)4) pada petrol akan meningkatkan bilangan oktan petrol tersebut, sehingga petrol "murah" dapat digunakan dan aman untuk mesin dengan menambahkan timbal ini.

Untuk mengubah Pb (plumbum) dari bentuk padat menjadi gas pada petrol yang mengandungi TEL diperlukan etilen bromida (C2H5Br). malangnya, lapisan tipis plumbum terbentuk pada atmosfera dan membahayakan makhluk hidup, termasuk manusia. Di negara-negara maju, plumbum sudah dilarang untuk dipakai sebagai bahan campuran petrol.

Zat tambahan lainnya yang sering dicampurkan ke dalam petrol adalah MTBE (methyl tertiary butyl ether, C5H11O), yang berasal dan dibuat dari etanol. MTBE murni berbilangan setara oktan 118. Selain dapat meningkatkan bilangan oktan, MTBE juga dapat menambahkan oksigen pada campuran gas di dalam enjin, sehingga akan mengurangi pembakaran tidak sempurna petrol yang menghasilkan gas CO.

kebelakangan ini diketahui bahwa MTBE ini juga berbahaya bagi lingkungan karena mempunyai sifat karsinogenik dan mudah bercampur dengan air, sehingga jika terjadi kebocoran pada tempat-tempat penampungan petrol (misalnya di stesen minyak) MTBE masuk ke air tanah bisa mencemari sumur dan sumber-sumber air minum lainnya.

Etanol yang berbilangan oktan 123 juga digunakan sebagai campuran. Etanol lebih unggul dari TEL dan MTBE karena tidak mencemari udara dengan timbal. Selain itu, etanol mudah diperoleh dari fermentasi tumbuh-tumbuhan sehingga bahan baku untuk pembuatannya cukup melimpah. Etanol semakin sering dipergunakan sebagai komponen bahan bakar setelah harga minyak bumi semakin meningkat.

petrol yang mempunyai RON melebihi 100 (RON116, RON117) kebanyakan digunakan untuk kereta lumba dan juga pesawat (kebanyakannya menggunakan kerosin)

setakat tu je la. harap2 information ni betul la.. kalau nak penerangan yang lebih lengkap, klik link kat bawah ni.

wikipedia/oktan

Octane Rating/wikipedia

RON forum

another ron forum

Tuesday, May 12, 2009

Kejayaan ‘Quackling’ adalah hak milik Ahli Kesepaduan Ummah (AKU)..

Terima kasih yang tidak terhingga sehinggakan tidak boleh dibilang dengan jari kepada semua ahli kelas aku di atas kejayaan tempat ke-tiga dalam English Drama sempena English week..

Tahniah buat semua..komitmen anda amatlah dihargai..walaupun terdapat beberapa perubahan dan permasalahan yang berlaku, oleh kerana kebijaksanaan Tuan Pengarah merangkap The King, semuanya dapat diselesaikan dengan berhikmah..

Watak-watak..

1. Ainuddin aka loko – Quackling..

2. Atiqah dan Mama – River..

3. Syahmin aka abe, Wafi dan Cerap – Bees..

4. Sapuan – Ladder..

5. Shah Mimi – The King..

6. Azira dan Izyan – Dayang Istana..

7. Halim dan Kadiaq aka Syafiq – The Guard..

8. Ada dan Adek – Fire..

Tenaga Kerja..

1. Kak Ana – Narrator..

2. Ajay dan Wahi – Tecnician..

3. Jarud dan Khalida serta Mek Jah – Props..

Monday, May 11, 2009

BERATNYA SEMBAHYANG :By Encik Che Abdul Muttalib

baru jap tadi kne dakwah denga encik che abdul muttallib, ni semua kes lewat perhimpunan la ni.. ahe..
lagipun dah hari2 exam ni tulis pendek2 dah le.. takut lak blog aku ni merajuk. kalo die merajuk aku gak susah nanti.
cmni kata2 che mutallib kat aku

"hari ni saya nak dakwah sikit la kat kamu dua org(aku ngan imang) dalam 10 menit, bukan dakwah sebenarnya, tp menyampaikan ilmu yang saya dapat dari tok guru tok guru.
mungkin hari ni bnde ni x masuk telinga kamu (masuk telinga aku, imang x tau la, huhu) tapi 30 tahun lagi kamu akan teringat.. oh ni Muttalib cakap akt aku dulu ni.

nak cerita pasal beratnya solat ni, senang je. kamu tahu apa hukuman bagi orang yang tak solat ni??

1. jika engkar akan wajibnya, hukumnya kafir (ni ayat copy kitab kuning ni, hehe)

2. jika mengakui akan wajibnya solat, tapi x mboh nak buat. hukumnya dipenjarakan sehingga beliau mahu meninggalkan solat.

3. jika tidak mahu solat jugak, boleh dihukum bunuh.

oleh itu, dah boleh pikir kot betapa berat solat yang dipertanggungjawabkan keatas pundak-pundak kita-kita ini selama masih bernyawa dimuka bumi Allah ini.


tazkirah pendek ini untuk saya sahaja sebenarnya, untuk menjadikan ia umum, saya tulis la dalam blog.. lalala

Saturday, May 9, 2009

10 prinsip Islam Hadhari (Exam Edition)

10 prinsip islam hadhari

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah

i. Keimanan yang mantap
ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang teguh
iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni
v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah

i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat elak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka

i. Semangat jati diri
ii. Berfikiran terbuka
iii. Kreatif dan inovatif
iv. Mampu bersaing
v. Berdaya maju
vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

i. Umat yang cintakan ilmu
ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat

5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah
ii. Umat yang maju dibidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta
ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti

i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti
ii. Tempat tinggal yang selesa
iii. Persekitaran yang selamat
iv. Kehidupan yang sihat
v. Keluarga yang harmoni
vi. Pemakanan yang berkualiti
vii. Masyarakat yang penyayang
viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna

7. Pembelaan hak minoriti dan wanita

i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor
ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita
iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
iv. Member perhatian kepada OKU

8. Keutuhan budaya dan moral

i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama
ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

9. Pemeliharaan alam sekitar

i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah
ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna
10. Kekuatan pertahanan
i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara
iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi


dalam ni cuma point2 jek. kalo nak yang lagi detail berkenaan islam hadhari. leh la follow link kat bawah ni..

Islam Hadhari



ok guys. rajin2 la membaca kerana "membaca jambatan ilmu"

Friday, May 8, 2009

MANDI BAIK UNTUK KESIHATAN

baby taking bath

Ternyata mandi atau orang kampung aku sebut "bath" mempunyai begitu banyak kebaikannya kepada tubuh badan manusia. selain dapat membersihkan tubuh badan daripada kotoran duniawi, mandi juga boleh menyejukkan tubuh yang sedang panas membahang dek panas matahari. kelebihan yang lebih besar malalui mandi ini adalah boleh mengubati berbagai jenis penyakit terutamanya penyakit kulit. antara penyakit yang boleh disembuhkan dengan mandi adalah

Eksema

Jangkitan

Stress

Selsema dan sakit kepala

Insomnia

Sirkulasi

Mengeluarkan racun

untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan kelebihan mandi ini boleh la follow link di bawah

Hidup Selalu Sehat



selain itu, untuk mendapat petua-petua menyihatkan jasmani dan juga rohani seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan ; melahirkan masyarkat seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial. sila ikuti link ini ye:

Tips Kesempurnaan Hidup

Wednesday, May 6, 2009

PARA SASTERAWAN MENENTANG PPSMI

Mengapa 5 sasterawan negara terulung yang masih hidup menentang PPSMI??? antaranya adalah A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain.
mungkin ada yang tidak kena dengan program kerajaan ini, jika tidak golongan intelek dan profesional seperti mereka tidak akan bertindak sebegini rupa.

berita penuh

Tuesday, May 5, 2009

bahaya nak mampus tapi cantik bagai nak gila

kat cni ade picture2 menarik pasal jalan raya yang merbahaya di kawasan perbukitan yang cantik..
check this out.-->>

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

oleh itu, pada sesiapa yang mahukan pemanduan yang mencabar, leh la try memandu kat cni. tp jauh la sket, switzerland.

Wednesday, April 29, 2009

PAMERKAN BARISAN GIGI ANDA

Kisah 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Kisah 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Kisah 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Kisah 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Kisah 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Kisah 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Kisah 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah
lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki
itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat
itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Monday, April 27, 2009

BABI OH KHINZIR!!

Photobucket

gambar diatas menunjukkan gambar babi, tetapi bukanlah babi yang selesema,
walaupun pada suatu masa dahulu, selsema burung menjadi satu wabak yang menakutkan dan mengerikan sehingga menggemparkan seluruh negara, sekarang babi pula yang selesema. jika wabak ini berjangkit ke malaysia, sorry to say la kepada peminat-peminat babi panggang, babi golek dan babi masak asam di negara ini. x dapat la den nak tolong.

virus ini bermula daripada negara di amerika seperti mexico, us dan juga canada. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Haiwan yang bernama babi atau lebih manis dipanggil khizir ini sebenarnya adlah sejenis haiwan yang Allah haramkan keatas umat Islam untuk dijamah. Firman Allah Dalam Surah Al-Baqarah: 1:173

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

oleh itu, sudah jelas kepada kita bahawa babi ini diharamkan Allah kepada umat islam. jika Allah mengharamkan babi ini, sudah tentu ia mendatangkan kemudaratan yang besar kepada umat manusia, khususnya kepada peminat daging haiwan ini.

banyak kajian yang dilakukan menunjukkan babi merupakan sumber kepada penyakit-penyakit yang berbahaya. sila rujuk laman berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut http://atirah85.blogspot.com/2008/11/pengharaman-khinzir.html

berbalik kepada virus selsema babi yang heboh diperkatakan. Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

simptom-simptom

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

data copied from :http://www.adrysabry.com/news/selsema-babi-h1n1.html

Sunday, April 26, 2009

LAWN BALL, aku join baru2 ni

baru dua ari lepas aku join lawn ball kat stadium baru KT.
ni ha pic die

Photobucket

posing baik aku ngan si basri nih, baru abis game.apsal basri nampak gelap je. aku x pon.



ni lak gambo teammate aku. sapwan ngan basri. basri lagi.

lawn ball

dua org ni otai team ni.sapwan ngan kadiaq. kadiaq is wearing white shirt

Friday, April 24, 2009

objektif dasar penswastaan

Objektif

Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:


(i)


Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan



Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.



Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.

(ii)


Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja



Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.

(iii)


Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara



Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya.



Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

(iv)


Pembahagian Sumber Serta Kecekapan



Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap.



Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.

(v)


Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru



Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.