Powered By Blogger

Monday, April 27, 2009

BABI OH KHINZIR!!

Photobucket

gambar diatas menunjukkan gambar babi, tetapi bukanlah babi yang selesema,
walaupun pada suatu masa dahulu, selsema burung menjadi satu wabak yang menakutkan dan mengerikan sehingga menggemparkan seluruh negara, sekarang babi pula yang selesema. jika wabak ini berjangkit ke malaysia, sorry to say la kepada peminat-peminat babi panggang, babi golek dan babi masak asam di negara ini. x dapat la den nak tolong.

virus ini bermula daripada negara di amerika seperti mexico, us dan juga canada. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Haiwan yang bernama babi atau lebih manis dipanggil khizir ini sebenarnya adlah sejenis haiwan yang Allah haramkan keatas umat Islam untuk dijamah. Firman Allah Dalam Surah Al-Baqarah: 1:173

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

oleh itu, sudah jelas kepada kita bahawa babi ini diharamkan Allah kepada umat islam. jika Allah mengharamkan babi ini, sudah tentu ia mendatangkan kemudaratan yang besar kepada umat manusia, khususnya kepada peminat daging haiwan ini.

banyak kajian yang dilakukan menunjukkan babi merupakan sumber kepada penyakit-penyakit yang berbahaya. sila rujuk laman berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut http://atirah85.blogspot.com/2008/11/pengharaman-khinzir.html

berbalik kepada virus selsema babi yang heboh diperkatakan. Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

simptom-simptom

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

data copied from :http://www.adrysabry.com/news/selsema-babi-h1n1.html

0 ayat-ayat gersang: