Powered By Blogger

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Ahlan Wa Sahlan ila Ramadhan.. telah datang kepada kita penghulu segala bulan iaitu ramadhan yang didalamnya terkandung sejuta nikmat dan rahmat yang kita tahu dan tidak kita ketahui.

nabi muhammad pernah bersabda yang berbunyi seakan-akan begini; jikalau umat islam mengetahui akan kelebihan ramadhan, mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan. hal ini demikian kerana bersama ramadhan itu berbagai kenikmatan dan kerahmatan disamping kita menahan diri dengan ibadat puasa di siang hari.

segelintir manusia menjadikan Ramadhan sebagai beban kerana terpaksa berlapar dahaga di siang hari, kononnya dengan berpuasa, kita tidak mampu melakukan kerja secara produktif. sebenarnya dengan kehadiran Ramadhan ini, ia adalah seumpama sebuah madrasah yang mendidik diri kita supaya mentaati perintah Allah, setelah 11 bulan kita dididik dengan hawa nafsu yang membelakangi akal itu.,

bulan puasa sebenarnya adalah peluang kepada umat islam untuk berpesta ibadat kerana 1 riwayat menceritakan ;

"Apabila hendak menjelang Ramadhan, Allah s.w.t memanggil tiga orang malaikat iaitu Malaikat Ridzuan, Malik dan Jibril. Lalu Allah memerintahkan kepada malaikat Ridzuan, "wahai ridzuan, engkau bukalah semua pintu syurga seluas-luasnya dan jangan biarkan satu pun yang tertutup supaya umat islam selesa untuk beribadat. lalu Allah memerintahkan Malaikat malik pula." wahai malik, engkau tutuplah segala pintu neraka, jangan biarkan 1 pun daripada nya terbuka supaya umat islam selesa untuk beribadat. dan terakhir sekali Allah memerintahkan malaikat Jibril.; wahai Jibril, engkau turunkanlah ke bumi dan carilah satu puak yang dianamakan iblis dan syaitan, tangkap mereka dan ikatkan dengan rantai besi, lalu kau humbankanlah kedalam laut yang paling dalam.

berdasarkan riwayat diatas, marilah kita beribadat sebanyak-banyaknya kepada Allah dibulan ramadhan ini kerana bulan ini dijanjikan nikmat dan rahmat, pengampunan serta pebebasan daripada api neraka.

Allah s.w.t membebaskan sejuta orang daripada neraka setiap hari pada bulan ramadhan, 30 hari = 30 juta orang. marilah kita memohon keampunan daripada Allah dan terhindar daripada api neraka..

1 ayat-ayat gersang:

Insya Allah...

smoGA KIta mamPU meraiH

MalaM LAilatuLQadaR,

tQ atAS INfO..