Powered By Blogger

Friday, May 15, 2009

RON 92, RON95, RON97, RON100

pagi tadi baru dok sembang ngan remy, ayaq n mimi pasal petrol RON 95 yang baru diperkenalkan oleh kerajaan malaysia..

ron

apa yang aku faham pasal menatang RON adalah 'RESEARCH OCTANE NUMBER' .

octane = oktan dalam bahasa melayu.

bilangan oktan dalam angka menunjukkan seberapa banyak tekanan yang boleh diberikan sebelum petrol terbakar secara spontan. didalam enjin, campuran udara dan petrol akan ditekan oleh piston sehingga sehingga isipadu yang amat kecil dan dibakar dengan percikan api yang dihasilkan oleh plug (contoh DENSO SPARK PLUG).

disebabkan oleh tekanan yang sebegitu kuat, kadangkala campuran udara dan petrol ini boleh terbakar secara spontan (sebelum percikan api dari plug keluar). jika campuran ini terbakar disebabkan tekanan (bukan disebabkan percikan api dari plug) ia akan menghasilkan 'knocking' atau ketukan didalam enjin. ketukan ini akan merosakkan enjin.

oktana(C8) (oktan berasal daripada perkataan oktana), adalah bahan dalam campuran petrol yang mampu menahan tekanan pada kadar yang tinggi. oktana dapat ditekan sehingga isipadu yang sangat kecil tanpa berlaku pembakaran spontan. tidak seperti heptana yang mudah terbakar apabila diberikan tekanan yang sedikit.

jika petrol diberi label RON 95 bererti petrol tersebut mengandungi 95% oktana dan 5% heptana(atau campuran lain). petrol ini akan hanya terbakar jika tekanan yang diberikan melebihi atau digunakan pada kenderaan yang mempunyai nisbah tekanan melebihi angka tersebut.

kaedah pengukuran RON
RON diukur dengan menggunakan minyak didalam enjin ujian (test engine) yang mempunyai kadar tekanan yang pelbagai (variable compression ratio) didalam keadaan yang terkawal.

Beberapa angka oktan untuk bahan bakar:

Angka oktan boleh ditingkatkan dengan menambahkan zat aditif petrol. Menambahkan tetraethyl lead (TEL, Pb(C2H5)4) pada petrol akan meningkatkan bilangan oktan petrol tersebut, sehingga petrol "murah" dapat digunakan dan aman untuk mesin dengan menambahkan timbal ini.

Untuk mengubah Pb (plumbum) dari bentuk padat menjadi gas pada petrol yang mengandungi TEL diperlukan etilen bromida (C2H5Br). malangnya, lapisan tipis plumbum terbentuk pada atmosfera dan membahayakan makhluk hidup, termasuk manusia. Di negara-negara maju, plumbum sudah dilarang untuk dipakai sebagai bahan campuran petrol.

Zat tambahan lainnya yang sering dicampurkan ke dalam petrol adalah MTBE (methyl tertiary butyl ether, C5H11O), yang berasal dan dibuat dari etanol. MTBE murni berbilangan setara oktan 118. Selain dapat meningkatkan bilangan oktan, MTBE juga dapat menambahkan oksigen pada campuran gas di dalam enjin, sehingga akan mengurangi pembakaran tidak sempurna petrol yang menghasilkan gas CO.

kebelakangan ini diketahui bahwa MTBE ini juga berbahaya bagi lingkungan karena mempunyai sifat karsinogenik dan mudah bercampur dengan air, sehingga jika terjadi kebocoran pada tempat-tempat penampungan petrol (misalnya di stesen minyak) MTBE masuk ke air tanah bisa mencemari sumur dan sumber-sumber air minum lainnya.

Etanol yang berbilangan oktan 123 juga digunakan sebagai campuran. Etanol lebih unggul dari TEL dan MTBE karena tidak mencemari udara dengan timbal. Selain itu, etanol mudah diperoleh dari fermentasi tumbuh-tumbuhan sehingga bahan baku untuk pembuatannya cukup melimpah. Etanol semakin sering dipergunakan sebagai komponen bahan bakar setelah harga minyak bumi semakin meningkat.

petrol yang mempunyai RON melebihi 100 (RON116, RON117) kebanyakan digunakan untuk kereta lumba dan juga pesawat (kebanyakannya menggunakan kerosin)

setakat tu je la. harap2 information ni betul la.. kalau nak penerangan yang lebih lengkap, klik link kat bawah ni.

wikipedia/oktan

Octane Rating/wikipedia

RON forum

another ron forum

2 ayat-ayat gersang:

bUmi maKin tUa..tP klAU x gUna mInyak cMne Nak hDup..msLhnyEr..asAP 2 je dAh mENCeMARKAn

Tp..AdA Jgak AsaP yg X gUNe bYk waNg tP tTap meNcemArKAN...

aSap rOkOk leR...

nTAHLah..hAk iNdivIdu..

bUt Tq 4 That iNforMatIon..

..pemikiran seindah wadah yang dinukilkan..

..bijak guru-guru sekarang dalam melontarkan idea-idea bernas..

..terima kasih di atas keprihatinan anda dalam isu 'oil & gas industry' semasa..