Powered By Blogger

Kejohanan Olahraga tahunan 2011

Air Horn!!

Percutian Di Pantai Penarek

Ramai juagk yang datang.. bakar ayam, bakar sosej, kite bakor je!!.. :P

MY Ride

83's Corolla

Lata Belatan Labour Day 2011

Job Stop Jump Swim Drown VolleyBall Lunch Sleep

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, January 12, 2010

lama sangat x menulis

rasa macam dah terlalu lama x menulis, x berblogging kata orang putih kacuk melayu. tahun ini dengan azam baru, impian yang baru, sasaran (target) yang baru, semua orang ada azam baru masing-masing. ada yang nak tukar kit badan (bodykit) L2s la, nak masuk rim sukan, nak cari bini, nak dapat anugerah pengarah pon ada jugak dan berbagai2 lagi. andainya diizinkan Allah rabbuljalil moga2 tercapai la azam itu.

kita tinggalkan 2009 yang penuh ketidakcemerlangan lantas memulakan tahun baru yang lebih baik dari tahun yang lama. macam kasut, kalau dah ada kasut baru kita buang je kasut lama tu. simpan pon kalo menyemak xkan memberi hasil walaupun sebesar zarrah. tapi kalo suami isteri pulak, dah dapat anak baru jangan la dibuang anak yang lama, kesian budak tu, kita bukan tau kot2 dia ada potensi yang mampu digilap. contohnya bleh jadi pelumba relli macam saladin ke, doktor haiwan macam Dr. teoh ke. haaaaa. angkasawan ke.. pergh glemer mak ayah nanti. jadi buat la anak ramai bagi yg dah kawin. kalo x kawin lagi jangan dok gatai.. :P

xpe, kita lupakan barang yang lama dan barang yang baru tu. kita mula berkerja keras untuk merealisasikan azam baharu (bukan baru) tu.. tapi beringatlah saudara-saudari, sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik, lebih terperinci, lebih sempurna.. wallahua'lam

walaupun aku tulis lewat, bukan malas sebenarnya tapi sebok dok cari idea nak tulis apa. hohoho..:D. dah 12 hari bulan da ni.

Tuesday, September 22, 2009

selamat hari raya aidilfitri




alhamdulillah. berjaya sudah diharungi ujian ramadhan.. bukanlah satu ujian yang mudah ramadan itu. tetapi ujian yang maha berat bagi seseorang hamba Allah. lainlah kalau wali Allah.:P

da abis posa, selamat hari raya la pulak. bila sampai ja hari raya mula la teringat kat kampung, naseb bek aku da cabot awal:P. kat awek. mak ayah. insan2 yang telah meninggalkan kita dan juga kenderaan tersayang. adeh.:P

disebabkan ramadhan telah mengajar kita untuk mengasihi saudara2 kita yang x mampu, bila dah raya jagan pulak x igt kat org susah.cian diorang :(. tolong la apa yang patut dan termampu untuk menggembirakan hati mereka.

diharapkan raya korang tahun ni meriah la ek.. aku punya kurang sket la. hahaha x tau la apasal:(

bujang_AlFongsuri

Tuesday, September 8, 2009

Road Safety For All.. mwahaha

road safety...

Letak gambar2 skit. kasi happening

jaga2. road surface x bagus. tp buat line klear jah

Letak roda sikit


Full Work.. :D

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Ahlan Wa Sahlan ila Ramadhan.. telah datang kepada kita penghulu segala bulan iaitu ramadhan yang didalamnya terkandung sejuta nikmat dan rahmat yang kita tahu dan tidak kita ketahui.

nabi muhammad pernah bersabda yang berbunyi seakan-akan begini; jikalau umat islam mengetahui akan kelebihan ramadhan, mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan. hal ini demikian kerana bersama ramadhan itu berbagai kenikmatan dan kerahmatan disamping kita menahan diri dengan ibadat puasa di siang hari.

segelintir manusia menjadikan Ramadhan sebagai beban kerana terpaksa berlapar dahaga di siang hari, kononnya dengan berpuasa, kita tidak mampu melakukan kerja secara produktif. sebenarnya dengan kehadiran Ramadhan ini, ia adalah seumpama sebuah madrasah yang mendidik diri kita supaya mentaati perintah Allah, setelah 11 bulan kita dididik dengan hawa nafsu yang membelakangi akal itu.,

bulan puasa sebenarnya adalah peluang kepada umat islam untuk berpesta ibadat kerana 1 riwayat menceritakan ;

"Apabila hendak menjelang Ramadhan, Allah s.w.t memanggil tiga orang malaikat iaitu Malaikat Ridzuan, Malik dan Jibril. Lalu Allah memerintahkan kepada malaikat Ridzuan, "wahai ridzuan, engkau bukalah semua pintu syurga seluas-luasnya dan jangan biarkan satu pun yang tertutup supaya umat islam selesa untuk beribadat. lalu Allah memerintahkan Malaikat malik pula." wahai malik, engkau tutuplah segala pintu neraka, jangan biarkan 1 pun daripada nya terbuka supaya umat islam selesa untuk beribadat. dan terakhir sekali Allah memerintahkan malaikat Jibril.; wahai Jibril, engkau turunkanlah ke bumi dan carilah satu puak yang dianamakan iblis dan syaitan, tangkap mereka dan ikatkan dengan rantai besi, lalu kau humbankanlah kedalam laut yang paling dalam.

berdasarkan riwayat diatas, marilah kita beribadat sebanyak-banyaknya kepada Allah dibulan ramadhan ini kerana bulan ini dijanjikan nikmat dan rahmat, pengampunan serta pebebasan daripada api neraka.

Allah s.w.t membebaskan sejuta orang daripada neraka setiap hari pada bulan ramadhan, 30 hari = 30 juta orang. marilah kita memohon keampunan daripada Allah dan terhindar daripada api neraka..

Tuesday, August 11, 2009

yeayyyy.. dpt cuti.... adeh.. tp demam la plak



adoi.. bukan senang nak dpt mc nih.. disebbkan sekarang ni musim selsema babi.. senang lak dapat mc.. ada doctor kata 90% demam yang berlaku sekarang berkaitan dengan selsema babi..

ada pulak sekarang ni pasal selsema anjing..tp x heboh lagi.. aduh... binatang2 haram ni asyik menyusahkan orang je... bunuh je la semua.. adeh.