Kejohanan Olahraga tahunan 2011

Air Horn!!

Percutian Di Pantai Penarek

Ramai juagk yang datang.. bakar ayam, bakar sosej, kite bakor je!!.. :P

MY Ride

83's Corolla

Lata Belatan Labour Day 2011

Job Stop Jump Swim Drown VolleyBall Lunch Sleep

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, June 30, 2010

Kemana piala dunia akan diarak??

bangun pagi-pagi. aku dapat mimpi jadi tok nujum. oleh itu, hari ni aku nak buat ramalan yang berkaitan dengan worldcup. aku harap ramalan ni tidak digunakan oleh pakar-pakar judi bola sepak sebgai rujukan. x memasal aku terlibat sama.=)

setelah aku meneliti table[bukan meja] perlawanan world cup untuk suku akhir, separuh akhir dan juga final. aku dah boleh agak. agakan selalunya tidak tepat. oleh itu sila maafkan aku kalau tersilap agak dan korang kalah betting.

quarter final; yang ni semua orang dah tau. aku nak tulis gak tapi.

1. Netherland vs Brazil
2. Uruguay vs Ghana
3. Argentina vs German
4. Paraguay vs Spain

Semi final

1st match
Brazil vs Uruguay / Ghana

2nd match
Spain vs Argentina /German (berdasarkan fizikal pemain)

final
Brazil vs Argentina/Spain/German

negara yang ditulis terlebih dahulu mempunyai peratusan menjulang world cup lebih besar

Brazil dilihat menemui laluan mudah untuk ke final dan halangan yang utama adalah di final. walaupun aku x sokong brazil sangat, tapi aku raza world cup akan ke brazil pada temasya kali ini. tunggu dan lihat.

Negara-negara yang melepasi ke peringkat quarter-final




















-end-

Tuesday, June 29, 2010

selamat pagi malaysia cikgu!!

setelah puas menghabiskan sisa hidup dengan tidur yang panjang , aku kesiangan.

selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan diharap semoga bersabar menghadapi minggu pengurusan pelajar baru.

minggu yang ganas lagi hatkor dan brutal




minggu yang mendebarkan




minggu yang memerlukan pengorbanan dan kerajinan





minggu menjadikan anda seolah-olah tawanan




minggu yang sentiasa menjadi igauan



Saturday, June 19, 2010

MASEH BUJANG






memang p. Ramlie lah. orang yang tgk filem masam-masam manis payau je tau perkataan 'maseh bujang ni dok kat mana. haha. ada peluang nak wat contest nih. tp hakikatnya xde orang baca blog aku nih. ahaha. x pa2. idea tu simpan. nanti bila reader dah ramai, [bukan 'kaddang-kaddang' macam sekarang] baru leh wat.

maseh bujang

tengok bola sampai tengah malam sambil makan kacang

xde orang nak panggil bang.... bang...

tapi jgn dok gatai buat barang yang terlarang.

selamat menonton world cup disamping pasukan kegemaran.

sebagai penduduk asia. aku memberikan sokongan penuh kepada

korea utara




korea selatang




australia




newzealandg





jepang



-end-

-karipap.pusing.maseh.bujang-. tudia!

Monday, June 7, 2010

Cuti-Cuti Malaysia

ceh gambar cacing pulak termasuk dalam nih. x perasan pulak aku

hari ni aku dah selesai mengendap-ngendap blog-blog orang lain. semua orang cerita main point dia hampir sama. semua orang cerita pasal cuti. aku antara seorang yang terlibat. ini menunjukkan aku tidak pelik, aku tidak janggal. apa yang orang lain fikirkan, apa yang orang lain tulis, sama dengan aku. aku tak suka berfikir diluar kotak. fikir dalam je. kurang risiko.

cuti ni tengah tahun ni memang mengujakan. sebab apa. sebab aku berjaya menjeleskan budak-budak skolah dengan cuti aku yang lebih seminggu. aku tau perasaan budak sekolah selepas diorang tahu aku cuti 3 minggu. walaupun perasaan mereka tidak diluahkan, aku masih dapat menangkap apa yang bermain-main di kotak pemikiran budak sekolah mereka itu. hahaha. aku kan cekgu. huh!

macam biasa, kalau masa cuti, seluruh masaku aku gunakan untuk berbudi kepada tanah. syukurlah tanah sejenis benda yang tahu membalas budi, tanah tidak seperti manusia, tanah juga tidak seperti kacang bogel. tanah sentiasa mengenang dan membalas budi. itu yang aku fikirkan. buktinya. jelas didepan mata. ayah aku sampai pencen berbudi kepada tanah dan hasilnya tidak pernah putus sehingga sekarang.

begitulah kehidupan di kampung. satu je aku x puas hati. laine internet memang hampeh. broadband boleh disimpan elok2 dalam almari. nak online aku kena cari kedai mamak. memang tu je satu2nya sumber internet sekarang buat masa nih. memang hampeh.. nak pasang streamyx x padan. mak ngan ayah aku je stay kat umah. yang lain semua dah ada kehidupan sendiri di tempat lain. sedih2.

rasanya dah panjang nih.. aku x larat nak tulis dah.. -end-

-karipap.pusing-

Friday, June 4, 2010

Oh Saudaraku


pic ni aku cilok kat blog frodo baggins. tq

Tuesday, June 1, 2010

Sahabat



gambar ini adalah gambar kotak

seperti didalam gambar diatas.

1. apakah itu kotak? atau dalam englishnya box (boxes = kotak-kotak)

kotak jika didefinisikan akan mengambil page yang banyak sehingga tidak mampu diload blog ini walaupun menggunakan BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. DIULANG BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. oleh itu, tidak usahlah didefinisikan akan perihal kotak ini.

walaupun begitu, aku masih berdegil untuk mendefinisikan kotak ini. setelah aku google skali (1 kali) cari definisi kotak. hampeh xde pon. nyesal aku cari kat google.

menurut perasaan (2007), kotak adalah sejenis atau sebuah bekas yang dibuat daripada kertas dan berbagai-bagai material lain dengan bentuk dan saiz serta warna yang perlbagai untuk diisikan sesuatu kedalamnya. kotak didalam gambar itu adalah berbeza dengan kotak fikiran dan berfikir di luar kotak. (point nih)

definisi yang aku berikan tu dah diringkaskan menggunakan mikroskop tuh. tu kira point la tu. seterusnya kita pergi kepada kegunaan kotak

1. mengisi barang.
kotak digunakan untuk mengisi barang. diulang BARANG. masa lapang tidak termasuk didalam kategori barang. dan secara ringkasnya masa lapang tidak boleh diisi didalam kotak jenis ini. barang yang boleh diisi adalah seperti berus gigi, kasut, kunci, biskut kosong, maggi cup,dan selipar buruk

2.buku skrap
ini adalah trick lama cikgu2 skolah xnak bagi budak2 duduk goyang kaki sambil makan cendol dan berjimba-jimba. oleh itu murid-murid akan disuruh membuat buku skrap menggunakan bahan-bahan terbuang. maka kotak2 kasut dan tepung naik sendiri dirumah akan dijadikan sasaran dan sesetengahnya menjadi mangsa kerakusan murid-murid yang ghairah untuk menghasilkan buku skrap ini.

kebiasaannya, guru-guru akan menjanjikan hadiah-hadiah yang lumayan sebagai penaik semangat dan mengkaburi mata murid-murid supaya tidak menyedari trick yang pertama tadi. cikgu-cikgu ni memang pandai sebab diorang cikgu. secara teknikalnya, guru lebih pandai daripada murid-murid.hal ini demikian kerana faktor perbezaan tempoh belajar dan faktor usia. tidak ada seorang pun murid-murid tahun 1 yang sudah belajar di sekolah selama 8 tahun. ini realiti

3.kata ganda
kata ganda yang dimaksudkan bukan lah kotak-kotak. ini terlalu asas. korang semua mesti tau. jadi aku xnak masukkan dalam blog ilmiah aku ni benda-benda yang asas. oleh itu aku masukkan perkataan2 yang tidak dikenali ramai supaya time exam nanti korang semua gunakan perkataan yang bombastik.

kata ganda yang dimaksudkan adalah "kotak-katik". perkataan ini biasanya digunakan dengan imbuhan seerti ini;

I.memperkotak-katikkan
II. diperkoak-katikkan

dua contoh ini aku rasakan sudah memadai supaya mudah diingat, mudah dibawa kemana-mana dan sedap dimakan begitu sahaja (disebut dengan melodi lagu iklan gardenia). perkataan ni kalau digunakan dalam karangan tahun 6. sure markah tinggi. tak tipu. memang bombastik.

krem dah jari nih.. isk3



aku dah malas nak tulis. so aku letak gambar kasi panjang entri aku pagi nih. haizz. lagipun korang kan suka tgk gambar dari membaca kan.

kesimpulannya. tika dan saat ini. kotak amat berjasa kepada semua pelajar-pelajar di IPG KDRI. ahaha. aku aku salah sila betulkan ea. gunakanlah kotak sebaiknya dan jangan sesekali memperkotak-katikkan sahabat-sahabat anda.

-karipap.pusing-