seperti didalam gambar diatas.
1. apakah itu kotak? atau dalam englishnya box (boxes = kotak-kotak)
kotak jika didefinisikan akan mengambil page yang banyak sehingga tidak mampu diload blog ini walaupun menggunakan BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. DIULANG BROADBAND CELCOM YANG LAJU TAK INGAT. oleh itu, tidak usahlah didefinisikan akan perihal kotak ini.
walaupun begitu, aku masih berdegil untuk mendefinisikan kotak ini. setelah aku google skali (1 kali) cari definisi kotak. hampeh xde pon. nyesal aku cari kat google.
menurut perasaan (2007), kotak adalah sejenis atau sebuah bekas yang dibuat daripada kertas dan berbagai-bagai material lain dengan bentuk dan saiz serta warna yang perlbagai untuk diisikan sesuatu kedalamnya. kotak didalam gambar itu adalah berbeza dengan kotak fikiran dan berfikir di luar kotak. (point nih)
definisi yang aku berikan tu dah diringkaskan menggunakan mikroskop tuh. tu kira point la tu. seterusnya kita pergi kepada kegunaan kotak
1. mengisi barang.
kotak digunakan untuk mengisi barang. diulang BARANG. masa lapang tidak termasuk didalam kategori barang. dan secara ringkasnya masa lapang tidak boleh diisi didalam kotak jenis ini. barang yang boleh diisi adalah seperti berus gigi, kasut, kunci, biskut kosong, maggi cup,dan
selipar buruk2.buku skrap
ini adalah trick lama cikgu2 skolah xnak bagi budak2 duduk goyang kaki sambil makan cendol dan berjimba-jimba. oleh itu murid-murid akan disuruh membuat buku skrap menggunakan bahan-bahan terbuang. maka kotak2 kasut dan tepung naik sendiri dirumah akan dijadikan sasaran dan sesetengahnya menjadi mangsa kerakusan murid-murid yang ghairah untuk menghasilkan buku skrap ini.
kebiasaannya, guru-guru akan menjanjikan hadiah-hadiah yang lumayan sebagai penaik semangat dan mengkaburi mata murid-murid supaya tidak menyedari trick yang pertama tadi. cikgu-cikgu ni memang pandai sebab diorang cikgu. secara teknikalnya, guru lebih pandai daripada murid-murid.hal ini demikian kerana faktor perbezaan tempoh belajar dan faktor usia. tidak ada seorang pun murid-murid tahun 1 yang sudah belajar di sekolah selama 8 tahun. ini realiti
3.kata ganda
kata ganda yang dimaksudkan bukan lah kotak-kotak. ini terlalu asas. korang semua mesti tau. jadi aku xnak masukkan dalam blog ilmiah aku ni benda-benda yang asas. oleh itu aku masukkan perkataan2 yang tidak dikenali ramai supaya time exam nanti korang semua gunakan perkataan yang bombastik.
kata ganda yang dimaksudkan adalah "kotak-katik". perkataan ini biasanya digunakan dengan imbuhan seerti ini;
I.memperkotak-katikkan
II. diperkoak-katikkan
dua contoh ini aku rasakan sudah memadai supaya mudah diingat, mudah dibawa kemana-mana dan sedap dimakan begitu sahaja (disebut dengan melodi lagu iklan gardenia). perkataan ni kalau digunakan dalam karangan tahun 6. sure markah tinggi. tak tipu. memang bombastik.
krem dah jari nih.. isk3
aku dah malas nak tulis. so aku letak gambar kasi panjang entri aku pagi nih. haizz. lagipun korang kan suka tgk gambar dari membaca kan.
kesimpulannya. tika dan saat ini. kotak amat berjasa kepada semua pelajar-pelajar di IPG KDRI. ahaha. aku aku salah sila betulkan ea. gunakanlah kotak sebaiknya dan jangan sesekali memperkotak-katikkan sahabat-sahabat anda.
-karipap.pusing-