Ahlan Wa Sahlan ila Ramadhan.. telah datang kepada kita penghulu segala bulan iaitu ramadhan yang didalamnya terkandung sejuta nikmat dan rahmat yang kita tahu dan tidak kita ketahui.nabi muhammad pernah bersabda yang berbunyi seakan-akan begini; jikalau umat islam mengetahui akan kelebihan ramadhan, mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan. hal ini demikian kerana bersama ramadhan itu berbagai kenikmatan dan kerahmatan disamping kita menahan diri dengan ibadat puasa di siang hari.segelintir manusia menjadikan Ramadhan sebagai beban kerana terpaksa berlapar dahaga di siang hari, kononnya dengan berpuasa, kita tidak mampu melakukan kerja secara produktif. sebenarnya dengan kehadiran Ramadhan ini, ia adalah seumpama sebuah madrasah yang mendidik diri kita supaya mentaati...