Dah lama aku tak menulis didalam blog, masa dan buah fikiran banyak dicurah ke facebook dan twitter. Kalau dulu zaman aku aktif menulis blog, ketika itu aku masih lagi di Maktab ataupun orang sekarang panggil IPG. Sekarang sudah tahun ke empat aku meninggalkan dunia belajar di IPG dan masuk ke alam pekerjaan. lama tak? haha
Mungkin remaja sekarang dah tak layan blogging macam mana generasi dulu (masa aku main blogging ni aku masih remaja apa?? haha). Kalau dulu-dulu, blogging ni meriah sepertimana Facebook dan Twitter sekarang, sekarang dah tak macam dulu. Mungkin juga dunia blog masih rancak cuma aku yang menyepikan diri, tak ambil pusing. Hanyut di media sosial.
Ada kawan aku ni, dia nak tukar karier daripada jadi seorang engineer kepada journalist. Frankly speaking aku tak tau sebenarnya apa kerja journalist ni. Adakah kerjanya sama degan apa yang wartawan buat?, ataupun journalist ni skop kerjanya lebih luas. Jadi aku pun tergerak la nk menulis, mana la tau kot-kot ada bakat jadi journalist kan, boleh la join venture dengan dia. Tulis artikel, hurai sana hurai sini, ulas sana ulas sini, tipu sana bom sini terus glamour. haha.
Tapi bab tatabahasa Bahasa Melayu tu yang aku lemah apatah lagi nk menulis dalam bahasa orang putih, banyak la nak kena menuntut dengan Munsyi Bahasa kalau nk jadi journalist. Bayangkan bila dah empat tahun kau tak menulis kecuali di Facebook, jari-jari ni rasa kekok. Imbuhan "di" tu nak letak jauh ke dekat, macam mana nk bezakan 'di' yang dekat dengan 'di' yang jauh?? Kan dah terlupa. Haha.
InsyaAllah lepas ni aku nk menulis menggunakan platform Wordpress lah pulak, macam stylo je. Haha!.
Tergerak hati nk menulis hari ni bukan apa-apa, saja rindu kawan-kawan yang sama-sama memblog dulu. Semua dah jadi dewasa sekarang ni, ramai yang dah kahwin, putus cinta dan berbagai-bagai lagi. jadi sempena meraikan tahun 2016, kita letak hashtag la. sekarang zaman hashtag. Dinasour je yang tulis dekat blog. HAHA!
#Rindu